MyMetroMutakhir
Asrol Awang
am@hmetro.com.my
Kuantan: Jumlah mangsa banjir di Pahang membabitkan daerah Rompin dan Maran meningkat kepada 65 mangsa daripada 19 keluarga pagi ini, berbanding 44 mangsa daripada 13 keluarga, semalam.
Menurut portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 9 pagi, Rompin adalah daerah kedua dilanda banjir dengan 21 mangsa daripada enam keluarga.
Katanya, kesemua mangsa kini berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Bukit Lepas, Rompin.
"Di Maran pula, seramai 44 mangsa daripada 13 keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Jara di Kuala Sentul," katanya.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca (bahaya) iaitu hujan lebat di Pahang membabitkan daerah Pekan dan Rompin.
Hujan lebat iaitu amaran cuaca (buruk) dijangka berterusan di daerah Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera manakala amaran cuaca (waspada) di Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut.
Angin kencang melebihi 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Pahang.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2021 @ 10:35 AM
No comments:
Post a Comment