MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Pemain persoarangan negara Liew Daren membuktikan ranking hanyalah sebagai nombor saja apabila berjaya menumpaskan lawannya yang berada di kedudukan ketiga dunia Anders Antonsen 21-12 21-18 untuk mara mara ke pusingan seterusnya Yonex Terbuka Thailand.
Daren yang kini berada di ranking 41 dunia beraksi cemerlang apabila berjaya menumpaskan pemain daripada Denmark itu dengan kemenangan straight set.
Jelas sekali, walaupun lebih 10 bulan tidak mengharungi sebarang kejohanan kompetitif namun pemain perseorangan negara itu tetap mampu beraksi cemerlang malah melakar kejutan dengan menewaskan lawan yang lebih hebat.
Pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia bangkit dari kekalahan set pertama untuk mengalahkan HS Prannoy dari India 13-21, 21-14, 21-8
Dia yang juga pilihan kelapan akan berdepan seorang lagi wakil India, K Srikanth di pusingan kedua esok.
Sementara itu, pemain beregu lelaki negara Teo Ee Yi-Ong Yew Sin pula berjaya melangkah ke pusingan seterusnya apabila berjaya mencatatkan kemenangan menewaskan pasangan dari India MR Arjun-Dhruv Kapila 13-21, 21-8, 24-22.
Walaupun pada set pertama, pasangan negara terbabit dikejutkan persembahan bertenaga hingga tewas kepada beregu India itu namun mereka bangkit untuk mencatatkan kemenangan pada perlawanan seterusnya.
Rentak kemenangan itu disusuli kemenangan beregu wanita negara Vivian Hoo-Yap Cheng Wen apabila tidak berhadapan sebarang masalah menumpaskan pasangan dari Rusia Anastasiia Akchurina-Olga Morozova straight set 21-10, 21-11.
Satu lagi gandingan beregu wanita negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean turut mara selepas mengetepikan wakil Perancis, Vimala Heriau-Margot Lambert 21-15, 21-18.
Melengkapkan hari cemerlang beregu wanita negara ialah melalui Pearly Tan-M Thinaah yang mengalahkan wakil tuan rumah, Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aiamsaard 21-19, 21-17
Turut layak ialah beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang tidak berdepan masalah menumpaskan Daniel Hess-Linda Efler dari Jerman 21-14, 21-14
Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara Soniia Cheah pula terpaksa akur kepada kehebatan lawan dari Korea Selatan An Se Young apabila tewas straight set 21-15, 21-12.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2021 @ 10:08 PM
No comments:
Post a Comment