Ad

Monday, 18 January 2021

Herrera milik JDT

MyMetroArena



Rizar Mohd Noor

rizar@mediaprima.com.my

Johot Bahru: Juara Liga Super tujuh musim berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan kelab itu mengikat pemain import dari Argentina, Jonathan Herrera bagi mengisi posisi serangan pasukan itu mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Herrera, 30, tahun kini sedang melengkapkan tempoh kuarantin sebaik tiba ke Malaysia, semalam dan dia bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Diogio Luis Santo yang berhijrah Thailand , BG Pathum United.

Menerusi kenyataan rasmi di laman Johor Southern Tigers, Pengaraah Sukan JDT, Martin Prest berkata, langkah mengikat pemain yang mempunyai ketinggian 1.75 meter itu berdasarkan corak permainan pemain itu sesuai dengan falsafah permainan yang diterapkan JDT.

"Dengan kehadiran Herrera, maka kami sudah melengkapkan kuota pemain import dan memutuskan untuk menandatangani dia untuk menguatkan skuad JDT mengharungi kempen Liga M.

"Kami percaya Herrera adalah pemain yang sesuai oleh kerana umurnya dan cara beliau bermain sesuai dengan corak permainan kami.

"Kami akan memperkenalkan Herrera secara rasmi selepas dia melengkapkan tempoh kuarantin dan akan mengumumkan lagi dua pemain selepas ini," kata Prest dalam kenyataan itu.

Sebelum ini, JDT cuba untuk mendapat khidmat Camilo Sanvezzo namun pemain dari Brazil itu tidak dilepaskan oleh kelab Liga Mexico, Mazatlan FC yang menyambung kontrak pemain berkenaan.

Namun JDT nyata tidak berputus asa apabila berjaya membawa masuk Herrera yang pernah bersama Liga Perdana Argentina, Central Cordoba dan membuat tiga penampilan.

Penampilan paling banyak Herrera adalah dalam saingan Liga Perdana B Argentina bersama Deportivo Riestra pada musim 2013 hingga 2019 apabila beraksi 145 perlawanan dan berjaya menjaringkan 91 gol dan memulakan karier sebagai pemain profesional ketika bersama kelab liga bawahan Argentina iaitu Centro Espanol pada 2010.

Dengan kehadiran Herrera, maka skuad Harimau Selatan pasti akan membuat persiapan lebih rapi menjelang pertembungan pembuka tirai saingan Liga M berdepan Kedah bagi merebut Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, 26 Februari ini.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 January 2021 @ 5:56 PM


No comments:

Post a Comment