MyMetroMutakhir
Asrol Awang
am@hmetro.com.my
Kuantan: Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan daerah Maran, khususnya kawasan bandar dinaiki air sehingga satu meter.
Keadaan itu menyebabkan beberapa premis perniagaan dimasuki air serta jalan di beberapa kawasan bandar itu ditenggelami air.
Air sedalam 0.3 hingga satu meter itu turut menyebabkan berpuluh kenderaan terkandas.
Beberapa kenderaan di tempat parkir juga tenggelam kerana paras air dikatakan meningkat secara mendadak sejak malam tadi.
Berikutan itu, pemilik kenderaan dan premis perniagaan tidak sempat menyelamatkan harta benda.
Hujan lebat itu juga menyebabkan jumlah mangsa banjir di Maran meningkat secara mendadak hari ini.
Menurut portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 12 tengah hari, Maran merekodkan 120 mangsa daripada 34 keluarga berbanding 44 mangsa daripada 13 keluarga di PPS Balai Raya Kampung Jara pada, 9 pagi tadi.
Kesemua mangsa ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu Balai Raya Kampung Jara, Surau Sungai Jerik dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maran.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2021 @ 3:14 PM
No comments:
Post a Comment