Oleh Sufian Hadi Sojak
18 Januari 2021, 11:08 am
KUALA LUMPUR: Jika dulu dia hanya dipandang sebagai ‘hero’ remaja, namun kini Luqman Hakim Shamsudin berpeluang menabur bakti buat dua pasukan iaitu Sukan SEA 2021 dan Harimau Malaya.
Di atas kertas, jurulatih pasukan Sukan SEA 2021, Brad Maloney dan pengendali Harimau Malaya,Tan Cheng Hoe masing-masing berminat mendapatkan khidmat
penyerang KV Kortrijk itu.
Jika Luqman atau Luqie yang bakal menginjak usia 19 tahun pada 5 Mac ini, dipanggil menyertai skuad Sukan SEA 2021 Hanoi, dia akan menebus kekecewaan dalam penampilan sulungnya pada 2019 di Manila ketiks tewas di peringkat kumpulan.
Mengulas peluang Luqman ke Sukan SEA tahun ini, Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ong Kim Swee berkata, perkara itu akan diserahkan kepada Maloney.
“Semua bergantung kepada perbincangan dengan jurulatih dan kita tahu dia bermain dalam skuad utama di Belgium.
“Semua tahu tentang prestasinya dan kami perlu beri pendedahan kepada pemain sedia ada dalam skuad bawah 19 tahun termasuk pasukan projek FAM-MSN,” katanya.
Kelmarin, Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam mengesahkan Maloney diberi tanggungjawab untuk membimbing skuad Sukan SEA tahun ini.
Sebelum ini, Cheng Hoe mengakui berminat menguji kemampuan pemain kelahiran Kota Bharu itu Mac ini, sekali gus Luqman berpeluang baik kemunculan sulung bersama skuad senior negara.SUMBER- SUKAN UM ONLINE
No comments:
Post a Comment