Ad

Monday, 11 January 2021

Ronaldo ledak gol ke-759

MyMetroTopic



Agensi

Milan: Cristiano Ronaldo berkongsi kedudukan selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman selepas menjaringkan gol pada masa tambahan ketika Juventus menewaskan Sassuolo 3-1 awal pagi tadi.

Bintang berusia 35 tahun itu menyamai catatan Josef Bican di puncak carta dengan 759 gol untuk kelab dan negaranya.

Sudah tentu ada yang memperdebatkan pencapaian itu dengan legenda Brazil dan bekas kelabnya, Santos mendakwa dia menjaringkan lebih 1,000 gol.

Terdapat persoalan sama ada jaringan itu dilakukan dalam perlawanan rasmi tetapi di Turin tiada keraguan mengenai kejayaan Ronaldo.

Kemenangan itu melonjakkan juara bertahan ke tangga keempat Serie A.

Selepas kemenangan ke atas pendahulu, AC Milan pada Khamis lalu, Juve tampak bergelut mencipta banyak peluang pada babak pertama.

Tetapi layangan kad merah ke atas Pedro Obiang selepas mengasari Federico Chiesa sejurus sebelum tamat babak pertama memberikan kelebihan kepada Juventus.

Tuan rumah memanfaatkan peluang dan Danilo yang tidak dikawal meledak rembatan kencang untuk gol pendahuluan pada minit ke-50.

Tetapi kedudukan itu hanya bertahan lapan minit apabila Gregoire Defrel menyamakan kedudukan.

Bekas bintang Arsenal, Aaron Ramsey yang jarang beraksi meletakkan Juve di depan pada minit ke-82 untuk jaringan pertamanya musim ini dan penjaring terbanyak Serie A, Ronaldo melengkapkan kemenangan pada masa kecederaan untuk jaringan ke-15nya musim ini.

Kemenangan itu membantu Juve merapatkan jurang dengan pendahulu Milan kepada tujuh mata tetapi beraksi kurang satu perlawanan. Sassuolo pula kekal di tangga ketujuh.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2021 @ 4:20 PM

No comments:

Post a Comment