Ad

Friday 21 March 2014

PDRM kekal teraju Liga Perdana

KUALA LUMPUR 21 Mac - Penyerang dari Maldives, Ashfaq Ali muncul penyelamat PDRM apabila menjaringkan gol penyamaan 12 minit sebelum permainan tamat untuk membantu pasukannya mengikat Felda United 3-3 dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Selayang, malam ini.

Keputusan itu sekali gus mengekalkan mereka sebagai peneraju liga selepas tujuh perlawanan, meskipun berkongsi 19 mata dengan Pulau Pinang yang cemerlang menundukkan Negeri Sembilan 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Seremban.

Di Stadium Darul Aman, Kedah merakam kemenangan kedua berturut-turut apabila menang 1-0 ke atas Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dengan jaringan tunggal melalui rembatan padu pemain import dari Ireland, Billy Osman Mehmet yang mengambil sepakan bebas di luar kotak penalti pada minit ke-50.

Keputusan Liga Perdana

DRB Hicom 1 Perlis 1

PBAPP 0 UiTM 1

Felda United 3 PDRM 3

N. Sembilan 1 P. Pinang 3

Kedah 1 JDT II 0

Sabah 0 SPA Putrajaya 0

SUMBER-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140321/su_11/PDRM-kekal-teraju-Liga-Perdana#ixzz2wdvFSXej © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment