SELAYANG- ATM menyekat
Selangor untuk meraih kemenangan apabila mengikat Red Giants 1-1 di Stadium
Selayang semalam, sekali gus menamatkan rentetan kekalahan dua kali
berturut-turut dalam saingan Liga Super.
Ayam tambatan Selangor, Paulo
Rangel terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ketiga, namun pemain
import veteran, Juan Manuel Arostegui menjadi penghalang Selangor untuk meraih
tiga mata apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-45.
Pintu gol ATM awal-awal lagi
sudah bocor apabila kegagalan penjaga golnya, Syed Adney Syed Hussein yang
membaca bola sepakan bebas diambil oleh S.Veenod membuka ruang kepada Stilianos
Pandelidis yang melakukan tandukan sebelum bola hadir menuju Rangel.
Pemain import dari Brazil itu
berjaya melepaskan percubaan ke pintu gol pelawat bagi gol pendahuluan Selangor
walaupun cuba dihadang oleh pertahanan ATM, Spase Dilevski.
The Gladiators bagaimanapun
tidak cepat panik apabila Arostegui hampir mendapatkan gol penyamaan pada
minit ke-35 namun tiang menjadi penghalang ketika Farizal Marlias sudah
tertewas.
Namun, ketika permainan babak
pertama sudah hampir berakhir, Arostegui memastikan gol yang dicari hadir jua
selepas menyempurnakan umpanan Venice Elphi Danny.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140316/su_06/Gladiators-punah-hajat-Selangor#ixzz2wApsKk00
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment