Pemain Kelantan Ahmad Shakir
Ali (dua, kiri) dilayang kad merah oleh pengadil dalam perlawanan Piala AFC
menentang kelab Vietnam, Vissai Ninh Binh di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota
Bharu malam tadi.
KOTA BHARU - Kelantan yang
terpaksa bermain dengan sembilan pemain selepas Ahmad Shakir Ali dan Mohd.
Khairul Izuan Rosli dilayangkan kad merah, tewas 2-3 kepada pasukan dari
Vietnam, Vissai Ninh Binh dalam perlawanan ketiga Kumpulan G saingan Piala AFC
di Stadium Sultan Mohammad IV, semalam.
The Red Warriors yang turun
dengan barisan kedua bermula garang apabila melancarkan asakan bertali arus ke
arah pintu gol lawan sebaik sahaja wisel sepak mula ditiupkan.
Bagaimanapun, anak buah Steve
Darby terlebih dahulu dikejutkan dengan gol awal pasukan pelawat pada minit
ke-23 menerusi rembatan Bryan Kavin Elroy selepas bijak memanfaatkan hantaran
lintang Dinh Van Ta.
Tuan rumah bangkit
memperkemaskan permainan dengan menggandakan asakan dan beberapa kali berjaya
menembusi benteng lawan namun gagal merapatkan kedudukan dek kerana ketumpulan
jentera penyudah.
Malang buat Kelantan bermula
pada minit ke-34 apabila terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain selepas Ahmad
Shakir Ali dilayangkan kad merah kerana mengasari kapten pelawat, Le Van Duyet.
The Red Warriors cuba bangkit
dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi tonggak pertahanan Muhammad
Nazri Ahmad selepas sepakan percumanya pada minit ke-37 dari luar kotak penalti
gagal diselamatkan penjaga gol pelawat Nguyen Van Hung.
Tuan rumah kemudiannya
mendahului pelawat apabila Mohd. Khairul Izuan membuktikan ketajaman
penyudahnya menerusi rembatan kencang ke arah gawang sekali gus meledakkan gol
kedua Kelantan pada minit ke-46.
Malapetaka sekali lagi melanda
The Red Warriors sebaik sahaja babak kedua bermula kerana kehilangan Mohd.
Khairul Izuan yang dilayangkan kad merah dan diperintah keluar padang selepas
dikatakan mengasari Sim Woon Sub.
Pada minit ke-59, Darby cuba
menukar strategi dengan memasukkan Mohd. Badhri Mohd. Radzi dan Mohamad Shawky
menggantikan Wan Zaharulnizam Zakaria dan Faizol Nazlin Sayuti namun gagal
mengubah kedudukan tuan rumah yang semakin tertekan.
Diasak bertalu-talu oleh Vissai
Ninh Binh, gawang tuan rumah yang terpaksa beraksi dengan sembilan pemain
akhirnya bocor lagi pada minit ke-49 dan minit ke-62 selepas masing-masing
dirobek tonggak import lawan, Tambwe Patiyo serta Voinea Petrisor.
RUJUKAN-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140319/su_04/Red-Warriors-rebah-dengan-9-pemain#ixzz2wM2mUVki
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment