WARTAWAN SINAR HARIAN
22 Mac 2014
Amirizdwan Taj Tajuddin
Amirizdwan (kiri) berehat panjang akibat kecederaan ACL.
"SELAMAT tinggal bola
sepak untuk 2014."
Itu antara tulisan pemain pertahanan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Amirizdwan Taj Tajuddin di laman Facebook
berikutan alami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) semasa sesi
latihan.
Beliau juga berharap rakan
sepasukan akan bangkit walaupun tanpa khidmatnya dan mahu kem Harimau Malaya
mengekalkan persembahan serta catat keputusan yang baik semasa menentang Yemen, baru-baru ini.
"Kepada kenalan dan anda
semua, doakan kesejahteraan dan kesihatan saya agar cepat sembuh dan pulih
untuk kembali beraksi," katanya.
Perkembangan ini disahkan
pengendali The Gladiators, B Sathianathan ketika dihubungi yang memberitahu
Amirizdwan mungkin diketepikan selama lima bulan selepas ini.
No comments:
Post a Comment