SEPANG – Syarikat Penerbangan
Malaysia (MAS) mengesahkan bahawa pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu
turut membawa sejumlah bateri litium yang diletakkan di bahagian kargo pesawat
tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad
Jauhari Yahya berkata, bateri tersebut telah dibungkus dengan rapi dan telah
melalui pemeriksaan yang ketat sebelum dilepaskan.
Beliau berkata, prosedur untuk
menghantar semua muatan pesawat tersebut sudah tertakluk di bawah Pertubuhan
Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
"Bateri litium bukan
sesuatu yang bahaya dan pemeriksaan ke atas bungkusan itu turut diperiksa
beberapa kali bagi memastikan ia mengikut prosedur.
"Muatan tersebut turut
dibawa oleh syarikat penerbangan lain," kata Ahmad Jauhari pada sidang
akhbar di Hotel Sama-Sama di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di
KOSMO! hari ini.
Sumber Kosmo online 22.3.14
No comments:
Post a Comment