MOHD FAHMI ISMAIL
19 Mac 2014
Masalah kecederaan himpit
Selangor Kapten Selangor, Bunyamin (dua, kanan) bersalam dengan Kapten Hanoi
T&T, Cao Sy Cuong pada sidang media di Stadium Hang Day, Hanoi, semalam.
FOTO: Hazrin Mohd Zaidun / www.asiana.my
PENGENDALI Selangor, Mehmet
Durakovic dihimpit masalah kecederaan dan keletihan menjelang aksi ketiga Kumpulan
F, Piala Konfederasi Bola Sepak Asia
(AFC) menentang Hanoi T&T di Stadium Hang Day, Hanoi, petang ini.
Menyedari kemenangan perlu
dicatat berikutan dua aksi sebelum ini berakhir dengan keputusan seri, skuad
Gergasi Merah mengidam tiga mata penuh bagi membuka peluang mara ke pusingan
kedua.
Namun, Durakovic agak resah
memandangkan pemain seperti penjaga gawang, Farizal Marlias, Andik Vermansyah,
Paulo Rangel, S Kunanlan dan kapten, Bunyamin Umar belum pasti dapat
diturunkan.
"Saya akan lihat keadaan
terkini para pemain pada sesi latihan terakhir petang ini (semalam). Peluang
Farizal, Andik dan Rangel untuk bermain masih 50-50.
"Kuna dan Bunyamin pula
sedikit keletihan. Jika Farizal tak boleh beraksi, kami terpaksa mempertaruhkan
penjaga gol ketiga, Syamim Othman,"
katanya dipetik dari portal faselangor.my semalam.
Jelas Durakovic, khidmat
Hamsani Ahmad tidak dibawa ke Hanoi kerana berdepan hukuman penggantungan
perlawanan akibat menerima kad merah semasa pertemuan dengan Maziya S&RC,
minggu lalu.
Diajukan soalan mengenai
kekuatan Hanoi T&T, Durakovic mengakui
kelebihan dimiliki pasukan tuan rumah dan mereka akan bermain lebih
berhati-hati.
"Jika menang, ia sesuatu
yang menakjubkan dengan kepincangan pasukan Selangor. Saya sudah menyaksikan
video kedua-dua perlawanan membabitkan Hanoi.
"Apa pun, kami tetap cuba
terbaik dan optimis pemain akan berikan sesuatu," katanya.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 19.3.14
No comments:
Post a Comment