Oleh
MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
megatlutfi.rahim@kosmo.com.my
KETUA
jurulatih Perlis, Reduan Abdullah yakin skuad bimbingannya mula mempamerkan
kebangkitan selain mula belajar daripada kesilapan lalu apabila mencatatkan
keputusan yang baik dalam setiap perlawanan yang diharungi dalam kempen Liga
Premier.
Menurut
Reduan, sebelum ini pasukan Singa Utara sering dianggap pasukan belasahan,
namun dalam beberapa perlawanan yang diharungi kebelakangan ini, para pemain
mula menunjukkan peningkatan yang positif.
"Kemenangan
2-1 ke atas PBAPP FC kelmarin di Stadium Darul Aman, Alor Setar selain dua seri
sebelum ini agak baik dan ia mampu mengubat luka penyokong tegar pasukan
Perlis.
"Selain
itu, kapten pasukan Mohd. Khairy Zainuddin dan tonggak import seperti Gonzalo
Goravano, Dao Bakary dan Wittawin Clowuttiwat mula menunjukkan keserasian dalam
setiap perlawanan yang diharungi," katanya ketika dihubungi Kosmo! di
Kangar semalam.
Namun,
bekas pengendali dua pasukan berstatus kelab, Felda United dan MBPJ itu turut
berharap beberapa agar setiap kelemahan dalam pasukan dapat diperbaiki segera.
Setakat
ini, Perlis menduduki tempat kesembilan liga dengan mengutip lapan mata selepas
mengharungi sembilan perlawanan.
SUMBER-KOSMO
ONLINE 26.3.14
No comments:
Post a Comment