WARTAWAN SINAR HARIAN
22 Mac 2014
Debaran Awang import Selepas
KFA gagal mendaftarkan Paligrano pada awal musim kini aksinya bakal kesampaian
menjelang tarikh perpindahan nanti.
GAH pada nama tapi bukan
reputasi dipamerkan, itulah gambaran beberapa pemain import yang kini beraksi
dalam kancah saingan Liga Malaysia (Liga M) 2014.
Pastinya kudrat mereka ditagih
membantu pasukan namun sebaliknya berlaku apabila anak jati tempatan lebih
menyerlah hingga menimbulkan suara-suara sinis pembelian pemain import tidak
berbaloi.
Pastinya 23 Mac hingga 22 April
ini dinantikan peminat untuk mengetahui adakah wajah baharu akan membarisi
pasukan atau terus kekal mengguna pakai pemain sedia ada walaupun prestasinya
tidak segah nama.
Tidak dinafikan beberapa pemain
import berjaya memberikan impak buat pasukan malah aksinya juga menarik minat
penyokong tetapi ianya boleh di bilang dengan jari sementara yang lain hanya
menghabiskan masa di bangku simpanan.
BOLEH KIRA
Paulo Rangel (Selangor),
Dickson Nwakaeme, Matias Ruben Conti, Damion Stewart (Pahang) Obina Nwaneri,
Mohd Ghaddar, Mohamed Shawky (Kelantan), Patrick Ronaldinho, Karlo Primorac,
Hamka Hamzah (PKNS), Pablo Aimar, Luciono Figueroa, Baihakki Khaizan , Harris
Harun (JDT) antara pemain yang memberi kesan positif terhadap pasukan.
Bagi The Gladiators walaupun
sebelum ini ada khabar angin B Sathianathan ingin mencari pemain import baharu
namun semuanya dilupakan hasil keputusan seri 1-1 ketika menentang Selangor
tempoh hari.
Begitu juga dengan Gergasi
Merah Kuning apabila hanya Rangel yang berfungsi sepenuhnya berbanding Andik
Vermanshah, Steve Pantelidis dan Juninho walaupun beraksi cemerlang pada
peringkat awal.
SIAP SEDIA
Meskipun berada di puncak carta
Liga Super selepas mengharungi enam perlawanan dengan meraih 13 mata, kekuatan skuad Penyu masih belum
ampuh khususnya jentera serangan dalam merealisasikan membawa pulang sekurang-kurangnya satu piala
dalam kempen Liga Malaysia ke bumi Terengganu musim ini.
Selain awang import, Setiausaha
Agung PBSNT, Arpin Draman turut memaklumkan rombakan juga membabitkan pemain
tempatan yang tidak mencapai petunjuk prestasi utama (KPI).
Bagi skuad kendalian Abdu
Rahman Ibrahim dua penyerang import yang kini perlu membuktikan kemampuan
mereka adalah pemain Guine, Mamadou Hardy Barry dan Marcio Souza (Brazil)
apabila nama kedua-dua penyerang ini dikaitkan bakal digugurkan.
Lebih meyakinkan pengurusan
kini dikatakan telah memiliki sembilan pemain bakal diuji dalam tempoh terdekat
antaranya pemain import dari Senegal, Mustafa Dabo, Jamie Brangca (Portugal),
Marvin Ogunjimi (Belgium), Loic Lumbilla (Perancis), Micheal Misfud (Malta),
Javier Estupinan (Colombia), Rafeal Santiago Maria (Brazil), Stephen Makinwa,
(Nigeria) dan Jhon Jairo Falacious (Colombia).
Manakala dua lagi penyerang
T-Team bakal menerima nasib yang sama adalah pemain kelahiran Brazil, Evaldo
Rodrigues dan bekas pemain pasukan Pasipura Jayapura, Patrich Wanggai.
LEPAS AWAL
Pembunuh Gergasi antara
beberapa pasukan yang memberi gambaran jelas akan membawa masuk muka baharu
khususnya di jentera serangan apabila Wisdom Agblexo gagal menyerlah malah
lebih lama beraksi di bangku simpanan berbanding di atas padang.
Dijangka mengekalkan William
Mensah, Mahmoud Amnah dan Dilshod Sharofetdinov, Sime Darby perlu mencari
jentera serangan berbisa jika ingin terus bersaing dengan pasukan lain.
Begitu juga Bujang Senang
apabila Alireza Abbasfard juga bakal ditamatkan kontrak bagi memudahkan Robert
Alberts membawa masuk jentera serangan yang bernafsu menggegarkan gawang lawan.
T-Team pastinya kini perlu
bangkit dari kekalahan jika ingin terus bersaing dengan pasukan lain tetapi apa
yang pasti muka baharu akan membarisi The Titans untuk meneruskan baki saingan
akan datang.
TETAP GUNA
Pemenang Kasut Emas 2012,
Francis Forkey Doe yang kini merupakan penggempur The Red Warriors antara
beberapa pemain import yang gagal menyerlah malah kehadirannya sekadar
melengkapkan senarai kesebelasan utama jika dilihat persembahan semasa bersa
Juara Treble 2012 itu.
Namun Setiausaha Agung Kafa,
Azman Ibrahim berkata, agenda menukar awang import tiada dalam perancangan
pihaknya setelah berpuas hati dengan sumbangan keempat-empat pemain mereka
setakat ini.
“Bagi saya soal puas hati atau
tidak itu tertakluk kepada setiap perlawanan. Sudah tentu ada kekurangan setiap
masa tetapi secara peribadi saya anggap kita masih bergantung harap kerana
semua pemain import ini ada kredibiliti masing-masing,” katanya.
Kelantan memiliki Francis
Forkey Doe yang merupakan pemenang Kasut Emas Liga-M musim 2012, Mohamad
Ghaddar penjaring terbanyak Kelantan musim sama, Mohamed Shawky Aly adalah
bekas pemain kebangsaan Mesir manakala Obinna Nwaneri sudah sebati bersama
sejak dua musim lalu
KENA TELITI
Nada berbeza pula disuarakan
Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hasan kerana baginya tiada guna memiliki pemain
import jika hanya memanaskan bangku simpanan.
"Pahang pastinya ingin
mengambil pemain yang benar-benar memberikan sumbangan dan bukan sekadar
memanaskan bangku simpanan.
“Kita tidak mahu silap langkah,
hanya kerana satu pemain boleh buat rentak pasukan sumbang,
“Saya lihat setakat ini,
mungkin tiada perubahan dan cukup baik dengan barisan pemain yang sedia ada
sama ada import ataupun tempatan,” katanya.
TIADA IMPAK
The Bos Gourus pula sedikit
kecewa apabila hasrat untuk membawa penyerang skuad bawah 23 tahun Myanmar,
Kyaw Ko Ko tidak kesampaian apabila kelabnya, Yangon United enggan melepaskan
pemain berkenaan.
Namun yang pasti pemain import
Bosnia, Zelemir Terkers yang beraksi di bahagian serangan telah ditamatkan
selain memberi peluang penyerang dari Brazil, Eliel Da Cruz Guardiano untuk
membuktikan kehebatannya.
Difahamkan Perak juga mengintai
penyerang dari Korea Selatan, Kim Young Kwang, 26 dan Gilberto Valdenesio
Fortunato (Brazil) yang kini difahamkan sedang beraksi dalam saingan Liga
Albania.
TETAP PERCAYA
Kedah yang hanya mendaftarkan
tiga pemain import kini semakin yakin dapat menggunakan pemain import tengah,
Adriano Paligrano yang sebelum ini gagal didaftarkan oleh Persatuan Bolasepak
Kedah (KFA) sebelum saingan Liga Premier 2014.
Paligrano yang bermula
cemerlang pada aksi pra musim 2014 bersama Kedah gagal didaftarkan kerana
tidak melepasi syarat ditetapkan iaitu
bermain di liga kedua Australia dengan mewakili Akademi Central Coast Mariners
di mana syarat pemain import Asia yang telah ditetapkan adalah perlu beraksi di
liga utama sebelum berpindah bermain di negara ini.
Dalam pada itu, Setiausaha
Kehormat KFA, Aminuddin Omar turut
mengesahkan tiga pemain import sebelum ini iaitu Billy Osman Mehmet, Adam
Grifith dan Jose Franco akan terus dikekalkan dalam kesebelasan Lang Merah.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE
25.3.14

No comments:
Post a Comment