Pemain Terengganu, Ismail
Faruqi (kanan) diasak oleh pertahanan Kelantan, Mohd. Fitree Omar dalam aksi
Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam
tadi. - Mingguan/Saifudin Mohd. Nor
KUALA TERENGGANU - Hajat
Terengganu untuk terus mengungguli carta Liga Super tidak kesampaian apabila
hanya mampu seri 1-1 ketika melayan kunjungan tetangga, Kelantan di Stadium
Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini semalam.
Biarpun turun dengan moral
tinggi selepas membenam ATM di Stadium Selayang, Selasa lalu, ternyata,
anak-anak buah Steve Darby itu `liat untuk ditumbangkan.
Bermula dengan agak perlahan,
kedua-dua pasukan berhati-hati dalam mengatur gerakan.
Pelawat bagaimanapun terlebih
dahulu di depan apabila pemain import kelahiran Mesir, Mohamed Shawky bijak
menyempurnakan hantaran ayam tambatan The Red Warriors, Mohammad Ghaddar pada
minit ke-15.
Gol tersebut tidak melemahkan
semangat anak-anak buah Abdul Rahman Ibrahim, sebaliknya mereka kembali
memperkemaskan jentera serangan dalam usaha mencari gol penyamaan.
Hasilnya, pemain tengah, Zairo
Anuar Zailani kembali menceriakan lebih 12,000 penyokong tuan rumah apabila
tendangan percuma dari luar kotak penalti yang diambil pada minit ke-35 terus
menerjah ke gawang gol.
Terengganu terus ghairah
memburu gol sehingga ke penghujung separuh masa pertama, namun beberapa
percubaan mereka diselamatkan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Bersambung babak kedua,
kedua-dua pasukan tampil lebih garang dengan melancarkan gerakan-gerakan
berbahaya ke kubu lawan, namun tiada gol tambahan berjaya dihasilkan Terengganu
mahu pun Kelantan.
RUJUKAN-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140330/su_02/Penyu-lepas-teraju-liga#ixzz2xOoHXdM0
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment