MISTERI kehilangan pesawat
Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 terjawab pada hari ke-16 operasi
mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai negara, apabila Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan itu berakhir di selatan Lautan
Hindi.
8 MAC
* Pesawat MH370, jenis Boeing
777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada
12.41 pagi dan dijadual
mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang
sama.
* Pesawat MH370 dilaporkan
hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30
pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.
* Operasi mencari dan
menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi membabitkan 15 pesawat TUDM, termasuk
empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta
enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
* Kenyataan media Ketua Pegawai
Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan
kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan
kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China,
Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand
(2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan
Austria (1).
9 MAC
* Panglima Angkatan Tentera Tan
Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China
Selatan dan Selat Melaka.
* Ketua Pengarah DCA Datuk
Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya
dua penumpang yang menggunakan
pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat
MH370.
10 MAC
* Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari
dan menyelamat MH370.
* APMM menerima keputusan ujian
sampel tompokan minyak yang ditemui
di perairan Vietnam, yang
negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak
bagi kapal kargo.
11 MAC
* Misteri dua penumpang
terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol
mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour
Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.
* Kedua-dua mereka disahkan
tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas
dan dipercayai cuba berhijrah
ke Eropah.
12 MAC
* Hishammuddin memperjelas
beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka,
kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar
dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.
* Empat penumpang tidak muncul
semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu.
Penumpang berkenaan menaiki pesawat.
Tiada bagasi yang tidak
dimuatkan.
* Dua lelaki rakyat Iran, yang
memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki
pesawat MH370, menggunakan
pasport yang sama.
13 MAC
* Hishammuddin menafikan
dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang
kira-kira empat sejam selepas
ia hilang dari skrin radar.
* China menyatakan bahawa tiada
bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad
mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga
berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.
14 MAC
* Pencarian diperluas sehingga
ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di
Selat Melaka untuk membantu pencarian.
* Pihak berkuasa mengkaji empat
hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.
15 MAC
* Perdana Menteri tidak dapat
mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.
* Najib berkata komunikasi
terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor
utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan
dan Turkmenistan ke bahagian
utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi
kawasan dari Indonesia ke
bahagian selatan Lautan Hindi.
* Najib berkata operasi mencari
dan menyelamat di Laut China Selatan
ditamatkan.
16 MAC
* Hishammuddin berkata tiada sebarang
tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.
* Ketua Polis Negara Tan Sri
Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen
130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan
Penerbangan 2003.
* Polis mengambil simulator
penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.
17 MAC
* Hishammuddin berkata operasi
pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan
bermula.
18 MAC
* Hishammuddin berkata tiga
juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu
pengusaha satelit DigitalGlobe.
19 MAC
* Hishammuddin menafikan
laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.
20 MAC
* Perdana Menteri Australia
Tony Abbot menghubungi Najib pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang
dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang.
* Satelit Australian Maritime
Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek
di bahagian selatan Lautan
Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya
Perth.
* Hishammuddin berkata operasi
pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang
dikesan di Australia akan
ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.
21 MAC
* Malaysia masih menunggu
maklumat daripada pihak berkuasa Australia sama ada objek yang dikesan di
selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370.
* Hishammuddin berkata agensi
perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang
keganjilan berdasarkan manifes
penumpang pesawat itu.
* Hishammuddin berkata siasatan
terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang
dijalankan oleh pihak berkuasa
negara itu juga mengesahkan latar belakang
penumpang berkenaan bersih.
22 MAC
* Transkrip komunikasi yang
didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat
dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.
* Hishammuddin berkata satelit
China mencerap imej objek terapung berukuran
22.5 meter x 13 meter.
* Hishammuddin berkata pihak
berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek
dalam pencarian di kawasan
berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya
Perth.
23 MAC
* Hishammuddin berkata Malaysia
menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis
kepada pusat koordinasi menyelamat Australia.
* Hishammuddin berkata setakat
2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia
memaklumkan mereka tidak
menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370.
24 MAC
* Hishammuddin berkata polis
sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.
* Pada 10 malam, Najib
mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370
dikesan di tengah-tengah Lautan
Hindi, di barat Perth.
* MAS meluahkan rasa duka
penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. – Bernama
MYMETRO ONLINE 25.3.14
takziah kepada keluarga mangsa
ReplyDelete