BAGAN DATOH 15 Mac - Individu
yang didapati menghilangkan MyKad mereka dengan cuai boleh dikenakan denda
sehingga RM500.
Menteri Dalam Negeri, Datuk
Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, namun kehilangan MyKad akibat bencana alam
tidak akan dikenakan denda.
"Kehilangan disebabkan
kecuaian, jika hilang pertama kali akan dikenakan bayaran RM100, bagi
kehilangan kedua akan dikenakan kadar bayaran yang lebih tinggi sehingga
RM500," katanya kepada pemberita selepas majlis gotong royong membaik
pulih rumah seorang warga emas di Kampung Parit 21 di sini hari ini.
Pada masa ini, denda yang
dikenakan ialah RM100 bagi kehilangan kali pertama, RM200 bagi kali kedua dan
RM300 untuk kehilangan seterusnya.
Katanya, sehingga kini
kira-kira setengah juta MyKad dilaporkan hilang. - BERNAMA
Sumber;
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140315/dn_41/Kecuaian-hilangkan-Mykad-boleh-didenda-RM500#ixzz2w2yQVm6h
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment