Oleh MOHD. HAFIZ. ABD. MUTALIB
utusankelantan@utusan.com.my
PENYERANG Kelantan, Mohamad
Ghaddar (tengah) cuba melepasi dua benteng pertahanan Johor Darul Tazim dalam
perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi. -
UTUSAN/ROSNI MASRI
KOTA BHARU - Belum reda
kekecewaan tumpas 1-0 kepada Selangor minggu lalu, Kelantan meratapi kekalahan
kedua berturut-turut selepas ditumpaskan oleh Johor Darul Tazim (JDT) 2-1 di
tempat sendiri, semalam.
Ini juga merupakan kekalahan
ketiga berturut-turut buat juara Piala FA itu selepas turut kalah pada saingan
Piala AFC, minggu lalu.
Lebih malang lagi, Kelantan
yang menguasai keseluruhan perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV dikejutkan
dengan gol kemenangan oleh JDT pada minit terakhir perlawanan menerusi Fazli
Mazlan.
Beraksi di hadapan lebih 25,000
penyokong setia, The Red Warriors bermula garang apabila mengancam pintu gol
JDT menerusi beberapa serangan bahaya namun berjaya dipatahkan benteng
pertahanan lawan.
Pada minit ke-13, Kelantan
hampir membuka jaringan menerusi sepakan percuma dari jarak 25 meter oleh
Mohamed Shawky Yazid, namun ia sedikir tersasar melepasi palang gol walaupun
ketika itu penjaga gol, Izham Tarmizi sudah tertewas.
Kelantan yang tidak berputus
asa selepas itu terus mengatur serangan dan berjaya memperolehi gol pertama pada
minit ke-17 menerusi bintang import sensasi mereka, Mohamad Ghaddar yang bijak
menolak masuk bola ke gawang selepas melakukan gerakan cantik satu, dua dengan
Ahmad Fakri Saarani
Tersentak dengan jaringan
tersebut, JDT mula memperkemaskan corak permainan dan berjaya menyamakan
kedudukan pada minit ke-32.
Penyerang kebangsaan, Amri
Yahyah bijak mengambil kesempatan di atas kesilapan pertahanan Kelantan, Mohd
Nazri Ahmad yang gagal mengeluar bola dari lawasan bahaya.
Bersambung babak kedua,
Kelantan terus melipat gandakan asakan dan hampir memperolehi gol masing-
masing pada minit ke-58 dan 62.
Begitupun kedua-dua percubaan
menerusi sepakan percuma oleh ketua pasukan, Mohd. Badri Radzi itu terkena
palang gol.
Kelantan yang terdesak memburu
gol, kemudianya memasukkan seorang lagi penyerang import mereka, Francis Forkey
Doe mengantikan Mohamed Shawky pada minit ke-85.
Kemasukkan Forkey Doe
bagaimanapun tidak banyak membantu pasukan tuan rumah untuk menambah gol.
Ketika perlawanan berbaki dua
minit menuju wisel penamat, JDT berjaya mendapatkan gol kemenangan menerusi
Fazli Mazlan yang bijak menyudahkan hantaran Luciano Figueroe.
RUJUKAN-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140326/su_02/The-Red-Warriors-kecundang-lagi#ixzz2x1Pyeg9g
© Utusan Melayu (M) Bhd
home defeat.....trw semakin tenggelam
ReplyDelete