oleh -AHMAD BIN YAAKOB SMKJ2
Zainal Abidin Hassan mula menyertai pasukan Selangor sebagai
pemain tetap pada tahun 1980. Pada perlawanan akhir Piala Malaysia 1980 Zainal
Abidin masuk sebagai pemain gantian bagi menggantikan Ho Hon Seong.[1]
Pada tahun 1981 Zainal sekali lagi beraksi sebagai pemain utama dalam
perlawanan akhir Piala Malaysia pada 30 Mei 1981 yang menyaksikan Selangor
mengalahkan Singapura 4-0.[2]
Pestabola merdeka tahun lalu merupakan satu detik bersejarah kepada
Zainal Abidin Hassan setelah dia diberi peluang untuk menyarung jersi pasukan
kebangsaan. Kini peluang Zainal mula tergugat dengan muncul semula Yahya Jusoh,
S.Subramaniam dan Jamal Nasir sebagai barisan pertahanan kebangsaan. Ketika
perlawanan antara Malaysia dengan Manchester United di Stadium Merdeka
baru-baru ini Zainal hanya dijadikan sebagai pemain simpanan oleh jurulatih M. Kuppan.[3]
ZAINAL ABIDIN 1981
Zainal menangis sedih kalah 0-1 UAE. Zainal 1981
Kalah
dengan UAE 0-1 satu pengajaran bagi saya. Dalam saat-saat genting, Zainal cuba
melarikan bola itu tetapi telah menukar fikirannya untuk diberikan kepada
penjaga gol R. Arumugam, malangnya bola yang ditendangnya tidak sampai ke
tangan Arumugam kerana terlekat di dalam padang yang berlumpur disebabkan hujan
yang turun lebat ketika itu. Tiba-tiba seorang pemain UAE menerkam dan
menjaringkan gol.[4]
Zainal
18 tahun telah diberi peluang bermain dalam Pestabola Merdeka ke-24 ketika
menentang Korea Selatan setelah pemain bek kebangsaan, Kamaruddin Abdullah
tercedera dibuku lali kirinya.Zainal telah menunjukkan permainan yang
menyakinkan dengan kemahirannya menggelicik bola dan berjaya menarik perlahan
para penonton di Stadium Merdeka.
ZAINAL ABIDIN 1982
Perlawanan akhir Piala Malaysia berlangsung pada 23 Mei 1982. Dalam
perlawanan ini Zainal Abidin Hassan diasak oleh penjaga gol Terengganu, Zulkifli Ismail, tapi bola
terkena kepala Zainal sebelum melantun ke belakang kepada Muin yang tidak
membuat kesilapan memastikan perlawanan itu milik mereka.[5]
[1] Ahmad Khawari Isa, Jaringan Keramat
Fandi Kecewakan Harapan Selangor, Berita Harian, Isnin 2 November 1992.
[2] Badrulhisham Othman, Singapura
Malang Hinggalah Ke Akhir, Berita Harian, Selasa 3 November 1992.
[3] Bolasepak, Bil.10 Ogos 1981,
hlm.47.
[4] Kalah Dengan UAE Satu Pengajaran
Bagi Saya, Bolasepak, Bil.13, November 1981, hlm.27.
[5] Badrulhisham Othman, Gol Minit
Terakhir Leburkan Terengganu, Berita Harian Rabu 4 November 1992.
No comments:
Post a Comment