Ad

Tuesday 25 March 2014

Kedah muncul juara Liga Super 2008

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
sukan@kosmo.com.my
Alex JAMES (kANAN) menjaringkan gol pembukaan Kedah pada perlawanan menentang Terengganu di Alor Star malam tadi.

KEDAH muncul juara Liga Super musim 2007/2008 selepas menewaskan Terengganu 2-1 di Stadium Darulaman, Alor Star malam tadi.

Kini skuad Kenari hanya perlu menghabiskan baki tiga perlawanan bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Tuan rumah yang beraksi di hadapan kira-kira 40,000 penyokong setianya hampir memperoleh gol pertama seawal minit keempat melalui Hasmawi Hassan namun percubaannya tersasar.

Pada minit ke-21, Marlon Alex James berjaya meletakkan Kedah di depan setelah sepakan percumanya tidak dapat dibaca oleh penjaga gol Terengganu, Md. Sabinee Alawe.

Lima minit bermula babak kedua bermula, Terengganu berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Mohd. Ashaari Shamsudin setelah melakukan gerakan 1-2 dengan Md. Norfarhan Mohd. untuk memperdayakan pertahanan tuan rumah.

Kedah yang tidak mahu menangguh pesta meraikan kejuaraan Liga Super selepas itu terus melakukan asakan ke arah gol lawan.

Empat minit sebelum perlawanan tamat ketua pasukan Kedah, Cornellius Bernard Hugging muncul wira apabila menanduk kemas sepakan percuma Nelson Sam Martin untuk menghadiahkan gelaran juara Liga Super kepada pasukan Hijau Kuning.

SUMBER-KOSMO ONLINE 13.4.2008

No comments:

Post a Comment