Pemain Malaysia, Tengku Ahmad
Tajudin (tengah) cuba melepaskan diri daripada kawalan ketat tiga pemain China
dalam kempen Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Azlan Shah, Ipoh malam tadi.
Malaysia menang 7-3. - UTUSAN/ANAFI KHAMIS
IPOH - Malaysia mencerahkan
peluang untuk beraksi dalam perlawanan akhir apabila membelasah China 7-3 dalam
perlawanan keempat di peringkat awal kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah di
sini malam tadi.
Skuad muda kendalian jurulatih
Muhammad Dharma Raj Abdullah kalihatan begitu garang, terutama pada babak
pertama apabila mendahului pasukan lawan 5-0.
Muhammad Marhan Mohd. Jalil
memulakan pesta gol pasukan negara menerusi jaringan padang pada minit keenam
dan empat minit kemudian ketua pasukan, Azlan Misron menambah gol kedua
menerusi pukulan penalti sudut.
Skuad negara mempamerkan
permainan kemas dan jarang melakukan kesilapan untuk menutup ruang yang dapat
digunakan pasukan lawan untukmembuat gerakan berbahaya.
Bagaimanapun, skuad negara
terpaksa menunggu sehingga ke minit ke-24 untuk menambah gol tetapi membolosi
kubu China tiga kali dalam masa enam minit, bermula dengan Hakimi Jamaluddin
menyempurnakan penalti sudut yang diikuti oleh jaringan padang Tengku Ahmad
Tajuddin Abdul Jalil dua minit kemudian dan Shahril Saabah ketika babak pertama
berbaki lima minit.
Jurulatih China, Jiang Xishang
menggunakan masa rehat untuk membuat perubahan strategi menjadikan babak kedua
lebih seimbang dalam usaha China mengelak daripada kalah besar.
China memperoleh gol semangat
pada minit ke-44 menerusi pukulan penalti sudut E Liguang tetapi Malaysia
mendahului dengan 6-1 seminit kemudian menerusi pukulan penalti Fitri Saari.
Pasukan pelawat turut
dihadiahkan pukulan penalti yang disudahkan dengan baik oleh Du Talake untuk
gol kedua pasukannya pada minit pada minit ke-61 tetapi sekali lagi mereka
dikecewakan apabila Firhan Ashari menolak masuk penalti sudut seminit kemudian.
Enggan menyerah mudah, China
agresif melancarkan serangan dan akhirnya mendapat gol ketiga menerusi Talake
yang menewaskan penjaga gol Hafizuddin Othman menerusi penalti sudut.
Sementara itu, Afrika Selatan
menewaskan Kanada 3-2 untuk meraih kemenangan pertamanya.
Gol-gol Afrika Selatan
dijaringkan oleh Timothy Drummond, Julian Hykes dan Lungile Tsolekile manakala
Kanada melalui Scott Tupper dan Matthew Guest.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140320/su_02/Malaysia-belasah-China#ixzz2wdyL2K58
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment