Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my
KOTA BHARU - Persatuan Bola
Sepak Kelantan (KAFA) akan meneliti terlebih dahulu rakaman insiden ‘berdarah’
melibatkan dua tonggaknya iaitu Ahmad Fakri Saarani dan Farisham Ismail pada
pertemuan Liga Super dengan Selangor di Stadium Sultan Muhammad IV kelmarin.
Ahmad Fakri luka di dahi akibat
disiku oleh pemain pertahanan pelawat Steve Pantelidis manakala Farisham patah
hidung akibat terkena tangan Ahmad Hazwan Bakri.
Setiausaha Agong KAFA, Azman
Ibrahim berkata, pihaknya akan meneliti dahulu rakaman insiden tersebut sebelum
membuat sebarang tindakan berhubung perkara berkenaan.
"Kalau patut buat aduan,
kita akan hantar bantahan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam masa
terdekat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada
pemberita selepas diminta mengulas mengenai insiden berkenaan sejurus tamat
perlawanan Kelantan dengan Selangor.
Insiden itu menyebabkan Ahmad
Fakri terpaksa menerima tujuh jahitan di dahi manakala Farisham kini dirawat di
salah sebuah hospital di sini.
Pada perlawanan tersebut,
Kelantan terpaksa menunggu hingga minit ke-22 untuk memecah kebuntuan jaringan
menerusi Francis Forkey Doe yang tenang menanduk bola lambungan Prince Tagoe,
sebelum Wan Zahahrul Nizam Wan Zakaria meledak gol kedua pada minit ke-84.
Dalam perkembangan lain, Azman
menghamburkan pujian kepada barisan pemainnya yang bertungkus lumus untuk
mendapatkan tiga mata kepada pasukan.
Katanya, kemenangan itu
bukanlah tugas mudah kerana Selangor bukanlah calang-calang pasukan untuk ditewaskan.
"Walaupun tanpa ketua
jurulatih Goerge Boateng, namun kami mampu beraksi dengan baik dan mengikut
segala arahan yang telah diberikan melalui penolong jurulatih.
"Awak dapat lihat ada
beberapa pemain lagi yang masih keletihan selepas beraksi dengan Pahang sebelum
ini, tapi dengan disiplin yang ditunjukkan menyaksikan Kelantan berjaya meraih
tiga mata penuh," ujarnya.
RUJUKAN-
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140619/su_01/KAFA-teliti-rakaman-Fakri-cedera#ixzz354SkQTB2
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment