Seremban: Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim melahirkan
kekecewaan terhadap selebriti terkenal, Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 35,
yang mengeluarkan kenyataan menerusi Instagram miliknya, kelmarin, apabila
membuat perbandingan antara Malaysia dan Australia dalam saluran bantuan kepada
orang kelainan upaya (OKU).
Kenyataan itu dipaparkan
Wardina berhubung penemuan seorang remaja OKU, Muhammad Firdaus Dullah, 15,
yang ditemui kebuluran di rumahnya di Flat Semarak, Taman Semarak, Nilai, Sabtu
lalu, sekali gus menggemparkan negara.
Dalam kenyataan itu, Wardina
mendakwa kerajaan mengabaikan kebajikan OKU, tidak seperti Australia yang
menyalurkan bantuan bulanan tinggi kepada ibu bapa kanak-kanak, malah disuruh
berhenti kerja bagi memberi fokus menjaga anak mereka.
Rohani berkata, kenyataan
terbabit tidak berasas sama sekali kerana pihaknya sangat mementingkan
kebajikan golongan berkenaan dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan.
“Penemuan adik Muhammad Firdaus
yang menghidap penyakit ‘cerebral palsy’ ditemui Pengarah Jabatan Imigresen
Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman yang mewakili kerajaan Malaysia.
“Lihatlah selepas empat hari
penemuan remaja itu, dia dibantu dan dibela kerana pihak kami sangat
mementingkan kebajikan OKU,” katanya dalam sidang media selepas melawat
Muhammad Firdaus di Hospital Tuanku Jaafar, di sini, semalam.
Menurut Rohani, ibu remaja itu
dikenali sebagai Lola, 40, tidak pernah memohon bantuan daripada Jabatan
Kebajikan Masyarakat, malah tiada aduan diterima mengenai nasib malang remaja
terbabit daripada jiran, penduduk setempat, pemimpin atau saudara mangsa.
Artikel ini disiarkan MY METRO
pada : 2014/06/26
No comments:
Post a Comment