Belo Horizonte (Brazil):
Belgium bangkit daripada ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama untuk
menewaskan Algeria 2-1 dalam saingan Piala Dunia Kumpulan H di Estadio
Mineirao, awal pagi ini.
Algeria mendahului seawal minit
ke 25 apabila Sofiane Feghouli menyempurnakan sepakan penalti selepas
dijatuhkan oleh Jan Vertonghen.
Belgium yang mendominasi
perlawanan bagaimanapun gagal memecah kebuntuan pada aksi babak pertama.
Bagaimanapun percaturan
jurulatih Belgium, Marc Wilmots yang memasukkan pemain gantian, Marouane
Fellaini membuahkan hasil apabila pemain tengah Manchester United itu menanduk
masuk hantaran Kevin de Bruyne untuk menyamakan kedudukan pada minit ke 70.
Giliran Belgium mendahului
apabila Dries Mertens menyudahkan serangan balas yang dimulakan De Bruyne pada
minit ke 80.
Algeria yang cuba bangkit
mencari gol penyamaan gagal menembusi benteng Belgium yang dikemudi oleh
Vincent Kompany.
BELGIUM: Thibaut Courtois, Toby
Alderweireld, Vincent Kompany (captain), Daniel Van Buyten, Jan Vertonghen,
Kevin De Bruyne, Moussa Dembele, Nacer Chadli, Axel Witsel, Eden Hazard, Romelu
Lukaku.
ALGERIA: Rais Mbolhi, Madjid
Bougherra (captain), Faouzi Ghoulam, Rafik Halliche, Sofiane Feghouli, Carl
Medjani, Nabil Bentale, El Arabi Soudani, Saphir Taider, Riyad Mahrez, Mehdi
Mostefa.
PENGADIL: Marco Rodriguez
Artikel ini disiarkan MY METRO
pada : 2014/06/18
No comments:
Post a Comment