Cuiba (Brazil): Nigeria
akhirnya mencapai kemenangan selepas tidak merasainya sejak 1998 apabila
menumpaskan Bosnia-Herzegovina, 1-0, pada saingan Kumpulan C, di Arena
Pantanal, pagi ini.
Nigeria berjaya membuka
jaringan pendahuluan dan kemenangan itu pada minit ke-29 menerusi Odemwingie
yang menerima hantaran silang dekat daripada Emenike sebelum pemain Stoke itu
mudah menolak masuk ke gawang Bosnia.
Sebelum itu, pada minit ke-21,
Bosnia hampir di depan apabila Dzeko berjaya melepasi benteng lawan tetapi
jaringannya tidak dikira apabila penyerang Manchester City itu berada di posisi
off-side.
Babak kedua perlawanan tamat
dengan Nigeria selesa mendahului Bosnia biarpun banyak peluang dapat dicipta
barisan Super Eagles
Separuh masa pertama
menyaksikan penguasan tetap berpihak kepada Bosnia tetapi barisan depan gagal
untuk mencari kesudahan kepada setiap gerakan.Ibisivic yang masuk
menggantikan Hajrovic berjaya memperoleh peuang untuk menyamakan kedudukan pada
minit ke-67. Bagaimanapun, percubaannya dalam kotak penalti ditampan ketua
pasukan Nigeria.
Pada minit akhir perlawanan,
Dzeko, sekali lagi berpeluang untuk menyamakan kedudukan tetapi rembatannya
dalam kotak penalti ditampan penjaga gol Nigeria, Enyeama.
Untuk pertemuan kedua itu,
jurulatih Nigeria, Stephen Keshi melakukan tiga pertukaran bagi pertemuan
dengan Bosnia-Herzegovina .
Penyerang Chelsea, Victor Moses
memberikan laluan kepada Michael Babatunde, yang beraksi dengan Volyn Lutsk, di
Ukraine.
Joseph Yobo, iaitu pemain
veteran di Norwich City yang dipinjamkan ke Fenerbahce, masuk menggantikan
Godfrey Oboabona manakala penyerang Stoke, Peter Odemwingie dipilih
menggantikan Ramon Azeez.
Jurulatih Bosnia, Safet Susic,
pula yang sebelum ini menyaakan untuk meletakkan dua pemain di depan hanya
menyeraikan Eden Dzeko.
Ini bermakna jurulatih
berkenaan tidak menyenaraikan Vedad Ibisevic iaitu penjaring utama ketika
Bosnia menumpaskan Argentina 2-1, pada pusingan kelayakan.
Ketua pasukan, Emir Spahic yang
pulih daripada kecederaan lutut kelihatan di padang selain Toni Sunjic
menggantikan Ermin Bicakcic
NIGERIA: Vincent Enyeama, Efe
Ambrose, Juwon Oshaniwa, Joseph Yobo, Kenneth Omeruo, Ogenyi Onazi, Ahmed Musa,
John Obi Mikel, Peter Odemwingie, Michael Babatuude, Emmanuel Emineke
BOSNIA-HERZEGOVINA: Asmir
Begovic, Mensur Mujdza, Toni Sunjic, Emir Spahic, Senad Lulic, Muhamed Besic,
Miralem Pjanic, Haris Medunjanin, Zvjezdan Misimovic, Izet Hajrovic, Eden
Dzeko.
PENGADIL: Peter O’Leary (New
Zealand)
Artikel ini disiarkan MY METRO
pada : 2014/06/22
No comments:
Post a Comment