Ad

Tuesday 24 June 2014

Uruguay singkir Itali daripada Piala Dunia


NATAL, Brazil 25 Jun - Uruguay menyingkirkan juara empat kali, Itali daripada Piala Dunia selepas menang tipis 1-0 ke atas skuad Azzurri dalam perlawanan terakhir Kumpulan D, sebentar tadi.

Tandukan ketua pasukan, Diego Godin, sembilan minit sebelum tamat permainan menghadiahkan kemenangan buat Uruguay pada ketika Itali terpaksa menamatkan saingan dengan 10 pemain selepas Claudio Marchisio dilayangkan kad merah.

Itali kini muncul naib juara Kumpulan D di belakang Costa Rica, yang muncul juara selepas mengikat England 0-0 dalam satu perlawanan yang diadakan serentak.

Juara Kumpulan D akan bertemu naib juara Kumpulan C, manakala naib juara Kumpulan D berdepan juara Kumpulan C.


Colombia sudahpun menjadi pasukan pertama melayakkan diri ke pusingan kedua dari Kumpulan C, namun satu lagi slot menjadi perebutan tiga pasukan, Ivory Coast, Jepun dan Greece yang akan bersaing pada jam 4 pagi ini. - AGENSI

No comments:

Post a Comment