Ad

Thursday, 26 June 2014

Piala Dunia: Belgium, Korea Selatan terikat 0-0 babak pertama

2014/06/27 - 05:02:44 AM Cetak Emel Kawan

SAO PAULO: Korea Selatan bakal memperoleh kelebihan pada separuh masa kedua menentang Belgium selepas menamatkan babak pertama tanpa jaringan di Arena de Sao Paulo, sebentar tadi.

Korea yang memerlukan kemenangan untuk sekurang-kurangnya menghidupkan peluang untuk layak akan bermain dengan kelebihan seorang pemain selepas pemain Belgium, Steven Defour menerima kad merah kerana mengasari Kim Shin-Wook .

Korea yang lebih terdesak berbanding Belgium lebih menguasai permainan dan melancarkan beberapa cubaan berbahaya namun penjaga gol lawan, Thibaut Courtois jelas sukar untuk ditewaskan.

Peluang terbaik Korea muncul pada akhir babak pertama menerusi Ki Sung-yeung namun berjaya diselamatkan penjaga gol Chelsea itu.

Seandainya menang, Korea begitupun perlu berharap perlawanan membabitkan Russia dan Algeria namun tetap memiliki kekurangan daripada sudut jaringan gol. - Agensi
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE 27.6.14

No comments:

Post a Comment