Ad

Thursday 26 June 2014

Tewas tapi lepas

Recife (Brazil): Amerika Syarikat (AS) berjaya mengiringi Jerman ke pusingan kedua Piala Dunia 2014 meskipun tewas 1-0 dalam perlawanan terakhir kumpulan G di Recife awal pagi ini.

Perlawanan ini menyaksikan pertembungan dua sahabat baik, Jurgen Klinsmann dan Joachim Loew yang bersama mengendalikan skuad Jerman pada Piala Dunia 2006.


Skuad kendalian Klinsmann mara selaku naib juara kumpulan selepas Portugal memusnahkan harapan Ghana 2-1 dalam satu lagi perlawanan di Brasilia.

Jerman mendominasi perlawanan sebaik sepak mula dan melakukan beberapa percubaan berbahaya pada babak pertama namun berjaya diselamatkan penjaga gol AS, Tim Howard.
Foto
Masuk babak kedua, Jerman menggandakan asakan ke gawang AS dan berjaya mendapatkan gol pendahuluan pada minit ke-55 menerusi rembatan kaki kanan Thomas Mueller selepas Howard menampan tandukan Per Mertesacker.


AS berpeluang menyamakan kedudukan dalam satu serangan balas pada masa tambahan, namun percubaan Alejandro Bedoya dihadang Mario Gotze untuk memberikan tiga mata kepada Jerman sekaligus menjuarai Kumpulan G.

Meskipun menang ke atas Ghana dan mempunyai jumlah mata yang sama dengan AS iaitu empat, Portugal tersingkir kerana perbezaan gol.


AMERIKA SYARIKAT: Tim Howard; Fabian Johnson, Omar Gonzalez, Matt Besler, DaMarcus Beasley; Jermaine Jones, Kyle Beckerman, Graham Zusi (DeAndre Yedlin, 84'), Michael Bradley, Brad Davis (Alejandro Bedoya, 59'); Clint Dempsey.

Germany: Manuel Neuer; Jerome Boateng, Per Mertesacker, Mats Hummels, Benedikt Howedes; Philipp Lahm, Bastian Schweinsteiger (Mario Gotze, 76'), Mesut Ozil (Andre Schurrle, 89'), Toni Kroos; Lukas Podolski (Miroslav Klose, 46'), Thomas Muller.

PENGADIL: Ravshan Irmatov (UZB)


Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/27

No comments:

Post a Comment