2014/07/01 - 02:02:02 AM Cetak
Emel Kawan
PEMAIN Nigeria, Kenneth Omeruo
(kiri) bersaing dengan penyerang Perancis, Olivier Giroud pada aksi Piala Dunia
di Stadium Nasional Mane Garrincha di Brasilia, awal pagi ini. - Foto AP
PERANCIS 2 NIGERIA 0
(Paul Pogba, m-79)
Joseph Yobo, m-90 (gol sendiri)
BRASILIA: Perancis bangkit
garang pada lewat babak permainan dengan dua gol dalam tempoh 11 minit sebelum
mengesahkan tiket ke suku akhir Piala Dunia selepas menewaskan juara Afrika,
Nigeria 2-0 dalam saingan pusingan kedua di Stadium Nasional Mane Garrincha,
sebentar tadi.
Nigeria berjaya menyekat juara
dunia 1998 itu pada babak pertama tetapi Perancis membuat satu langkah besar
selepas rehat untuk memastikan tiket ke kelompok lapan terakhir menjadi milik
mereka.
Gol pertama The Bleus
dijaringkan Paul Pogba pada minit ke-79 hasil tandukan selepas gawang Nigeria
terbuka luas selepas penjaga gol, Enyeama terdahulu menepis usaha Mathieu
Valbuena hasil sepakan sudut.
Gol kedua Perancis menyusul
pada minit terakhir perlawanan selepas pemain pertahanan lawan, Joseph Yobo
tertampan bola yang bergolek masuk ke dalam sendiri.
Perancis akan menentang Jerman
atau Algeria dalam suku akhir nanti. - Reuters
SUMBER- BERITA HARIAN ONLINE 1.7.2014
No comments:
Post a Comment