Ad

Friday, 20 June 2014

Perancis benam Switzerland, hampiri saingan kalah mati

SALVADOR, Brazil 21 Jun - Tiga gol pada babak pertama membantu Perancis membenam Switzerland 5-2 dalam perlawanan Piala Dunia, Kumpulan E sebentar tadi, sekali gus sebelah kaki menghampiri pusingan kedua.

Perancis meledak dua gol dalam tempoh 66 saat selepas Olivier Giroud menanduk gol pembukaan Les Bleus pada minit ke-17, sebelum Blaise Matuidi menambah gol kedua untuk kedudukan 2-0.

Lima minit sebelum tamat separuh masa, Mathieu Valbuena melebarkan kedudukan 3-0 dan Perancis berpeluang menambah gol keempat tetapi sepakan penalti yang diambil Karim Benzema diselamatkan penjaga gol Switzerland, Diego Benaglio.

Sebaik babak kedua bersambung, Benzema menambah gol keempat pasukannya dan ketiga peribadi pada kejohanan ini, sebelum Moussa Sissoko yang dibawa masuk sebagai gantian menjadikan kedudukan 5-0.

Switzerland cuba bangkit menerusi sepakan percuma Blerim Dzemaili dan voli Granit Xhaka, namun ia sudah terlewat untuk menyekat amukan Perancis. - AGENSI
RUJUKAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140621/sl_11/Perancis-benam-Switzerland-hampiri-saingan-kalah-mati#ixzz35DZYuITO © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment