Cuiaba (Brazil): Colombia melangkah ke pusingan kedua
dengan bergaya setelah membenam cabaran Jepun 4-1 sekaligus menjuarai Kumpulan
C di Arena Pantanal, awal pagi ini.Colombia yang akan menentang Uruguay di pusingan kedua
mendahului pada minit ke-17 menerusi penalti Juan Cuadrado selepas Adrian Ramos
dijatuhkan Yasuyuki Konno.Tersentak dengan gol berkenaan, Jepun menggandakan asakan
ke gawang Colombia namun mengalami kesukaran untuk membolosi benteng pertahanan
Los Cafeteros.
Bagaimanapun pada lewat babak pertama, Shinji Okazaki
menanduk masuk gol penyamaan hasil hantaran cantik Keisuke Honda.
Masuk babak kedua, Jepun bersemangat mendapatkan gol
pendahuluan dan melancarkan serangan bertali arus ke arah gol Colombia.
Namun, serangan balas Colombia berhasil menambah jaringan
menerusi Jackson Martinez yang menjaringan dua gol pada minit ke-55 dan ke-82
untuk meranapkan impian Blue Samurai.
Lewat permainan, bintang muda, James Rodriguez menambah
derita Jepun dengan gol keempat hasil sepakan lambung menewaskan Eiji
Kawashima.
Perlawanan ini juga mencipta sejarah tersendiri apabila
pemain tertua dalam sejarah Piala Dunia, penjaga gol Uruguay, Faryd Mondragan,
43, dimasukkan bagi menggantikan David Ospina.
Rekod sebelum ini dipegang legenda Cameroon, Roger Milla
yang berusia 42 tahun ketika beraksi dalam Piala Dunia 1994 di Amerika
Syarikat.
JEPUN: Eiji Kawashima; Atsuto Uchida, Maya Yoshida,
Yasuyuki Konno, Yuto Nagatomo; Toshihiro Aoyama (Hotaru Yamaguchi, 62'), Makoto
Hasebe; Shinji Okazaki (Yoichiro Kakitani, 69'), Keisuke Honda, Shinji Kagawa
(Hiroshi Kiyotake, 85'), Yoshito Okubo.
Colombia: David Ospina (Faryd Mondragon, 85'); Santiago
Arias, Carlos Valdes, Eder Balanta, Pablo Armero; Juan Cuadrado (Carlos
Carbonero, 46'), Alexander Mejia, Fredy Guarin, Juan Quintero (James Rodriguez,
46'); Jackson Martinez, Adrian Ramos.
PENGADIL: Pedro Proenca (Portugal)
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25
No comments:
Post a Comment