Ad

Monday 23 June 2014

Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman

Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman
Pengenalan
Penyatuan Jerman
      Penyatuan Jerman telah meletakkan asas yang kukuh pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman. Selepas penyatuan, Jerman muncul sebagai sebuah negara perindustrian yang unggul di Eropah. Penyatuan Jerman telah menyebabkan wujud keseragaman dalam mata wang, sistem percukaian, sistem timbangan, dan perundangan. Di samping itu, sistem pengangkutan dan komunikasi seperti jaringan kereta api, jalan raya, telegraf dan pos dapat dimajukan. Perpaduan politik yang muncul selepas penyatuan juga turut merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.Penyatuan Jerman membolehkan ralqat digerakkan kepada satu hala tuju atau ideal yang sama.Kerajaanpusat menjalankan dasar kebangsaan yang komprehensif bagi membangunkan sektor perindustrian.Selepas tahun 1878, kerajaan mengamalkan dasar memberi
perlindungan kepada sektor perindustrian.

Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman
1.KEMAJUAN PERTANIAN
      Kemajuan dalam bidang pertanian meletakkan asas bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.Selepas penyatuan Jermano sektor pertanian mula mengalami kemajuan dan berkembang dengan pesat.Kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan oleh penerbitan karya mengenai teknologi pertanian.Albrecht Thaer telah menerbitkan karya berjudul Introductionto the Knowledge of English Agriculture-Principles of Rational Agriculture pada tahun 1789. Justus von Liebig menjalankan kajian tentang penggunaan kimia bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.

      Penggunaan teknologi moden dan kaedah saintifik telah menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.Kerajaan menubuhkan sekolah pertanian dan universiti bagi menjalankan kajian dalam bidang pertanian. Terdapat beberapa buah universiti yang menawarkan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang pertanian.

      Sebelum Perang Dunia Pertama, terdapat lebih kurang 2000 buah sekolah pertanian di seluruh Jerman. Sekolah pertanian dan universiti menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang pertanian.Antara tahun 1905 hingga l9l2,lerman mendahului negara-negara lain dalam pengeluaran hasil pertanian.

2.KEMAJUAN DALAM PENYELIDIKAN
      Kemajuan dalam bidang penyelidikan merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.Makmal penyelidikan telah ditubuhkan oleh syarikat kimia dan elektrik di Jerman.Ahli-ahli kimia dan fizik yang terlatih daripada universiti menjalankan kajian dan penyelidikan di makmal tersebut.Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman berjaya mencipta pelbagai peralatan dan inovasi baharu.Beberapa buah syarikat dan perbadanan telah menghasilkan teknik
baharu dengan.menjalinkan teori penyelidikan dengan amalan kerja harian di kilang Perkembangan ini telah menyebabkan Jerman muncul sebagai pemimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik pada akhir abad ke-19.

3.PENUBUHAN KOPERASI
      Institusi koperasi memainkan peranan dalam perkembangan sektor perindustrian di Jerman. Institusi ini memberikan bantuan kewangan kepada penduduk untuk melibatkan diri dalam perindustrian.Selain itu, kesatuan kredit ditubuhkan di seluruh Jerman bagi merangsang pertumbuhan sektor perindustrian. Kesatuan Kredit Schulze Delitzsch ditubuhkan bagi memberi bantuan kewangan kepada penduduk bandar.Menjelang tahun 1911, terdapat lebih kurang 25 000 buah kesatuan kredit di seluruh Jerman.Institusi koperasi dan kesatuan kredit memainkan peranan dalam pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.

4.PENGHAPUSAN SISTEM GUILD
      Salah satu faktor yang me-rdorong perkembangan industri di Jerman ialah penghapusan sistem guild.Dalam sistem yang diamalkan di Jerman, seseorang perlu mempunyai pengalaman dalam guild selama beberapa tahun.Pengalaman dalam guild merupakan syarat wajib bagi melibatkan diri dalam perindustrian. Sistem ini menjadi batu penghalang kepada perkembangan sektor perindustrian di Jerman.Pada tahun 1811, kerajaan bertindak menghapuskan monopoli dan
keistimewaan guild melal:ui Peraturan 1811.Perkembangan ini meletakkan asas bagi pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.

5.PENGHIJRAHAN PENDUDUK KE BANDAR
      Penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar membantu perkembangan sektor perindustrian. Sebelum penyatuan Jerman, tiga perempat daripada penduduk Jerman tinggal merietap di luar bandar.Pada tahun 1871, terdapat lapan buah bandar di Jerman dengan bilangan penduduk seramai 100 000 orang.Selepas penyatuan Jerman, proses pembandaran berkembang dengan pesat dan muncul bandar baharu di seluruh negara.Perkembangan ini menyebabkan terdapat 48 buah bandar di seluruh Jerman pada tahun 1910.Bandar perusahaan muncul di kawasan Ruhr, Saxony, Silesia, dan Berlin.Pertumbuhan bandar baharu dan peningkatan penduduk menyebabkan industri berkembang pesat di Jerman.

6.KEKAYAAN BAHAN MENTAH
      Perkembangan sektor perindustrian di Jerman disebabkan oleh kekayaan sumber bahan mentah.  Antara sumber bahan mentah yang terdapat di Jerman ialah arang batu, bijih besi, dan bijih timah. Kawasan perlombongan arang batu dan bijih besi yang terkenal ialah Lembah Ruhr, Lorainne, dan Silesia. Sumber galian ini merupakan sumber utama dalam menggerakkan sektor perindustrian di Jerman.Pada tahun 1875, Jerman mengeluarkan 25 juta tan arang batu dan pengeluaran bahan galian ini meningkat kepada 287 juta tan pada tahun 1913.

      Dalam pada itu, bilangan pekerja yang terlibat dalam industri ini turut mengalami peningkatan yang amat ketara.Pada tahun 1872, Jerman telah mengeksport bekalan bijih besi bernilai 1.92 juta tan ke negara Eropah.Menjelang tahun 1910, berlaku peningkatan dalam pengeluaran bijih besi sehingga mencecah 14.7 juta tan.Di samping itu, bahan kimia seperti garam kalium ditemui dalam kuantiti yang besar di Jerman. Menjelang tahun 1871, Jerman menghasilkan 375 000 tan garam kalian dan meningkat kepada 3 535 000 tan pada tahun 1901. Antara tahun 1863 hingga 1865, seramai 120 000 orang bekerja dalam industri perlombongan di Jerman.Bilangan pekerja dalam sektor ini meningkat kepada 570 000 orang pada tahun 1906.

7.KEMAJUAN INDUSTRI PERKAPALAN
      Perkembangan pesat sektor perindustrian disebabkan oleh kemajuan dalam industri perkapalan.Industri perkapalan Jerman terletak di Breman, Hamburg, Stettin, Danzig, dan Elby.Selepas tahun 1880, berlaku peningkatan yang amat ketara dalam pembinaan kapal wap di Jerman.Perkembangan ini menyebabkan jumlah muatan barangan yang diangkut turut meningkat.

8.KEMAJUAN SISTEM PENGANGKUTAN
      Perkembangan Revolusi Perindustrian disebabkan oleh kemajuan dalam bidang komunikasi dan pengangkutan.Kerajaan membangunkan perkhidmatan kereta api untuk menggalakkan pertumbuhan industri.Selain itu, kerajaan mengambil langkah untuk mengurangkan kadar bayaran dan tarif perkhidmatan kereta api.Landasan kereta api dibangunkanbagi memudahkan pergerakan tentera dalam mengawal keamanan negara.Selepas tahun 1879, kerajaan membeli landasan kereta api yang dimiliki oleh pihak swasta.

9.GALAKAN KERAJAAN
Pertumbuhan pesat dalam sektor perindustrian disebabkan oleh galakan yang diberikan oleh kerajaan.Kerajaan Jerman mengamalkan dasar memberi perlindungan kepada sektor perindustrian mulai tahun 1879. Dasar ini menyebabkan berlaku pertumbuhan pesat kilang perindustrian antara tahun 1872 hingga 1910 sekali gus menyebabkan hasil pengeluaran sektor perindustrian di Jerman meningkat. Kerajaan juga menyediakan perkhidmatan kereta api yang murah bagi merangsang pertumbuhan industri. Sistem pengangkutan yang efisien menyebabkan hasil pengeluaran industri dieksport ke negara-negara lain di Eropah.

10.PENUBUHAN KARTEL
      Persatuan yang dikenali sebagai kartel ditubuhkan bagi menyelaraskan pengurusan industri di Jerman.Antara matlamat utama kartel ialah mengawal bekalan dan harga barangan bagi menjamin keuntungan.Anggota kartel akan mengadakan perjanjian bagi menentukan harga barangan yang dipasarkan.Pertubuhan ini memainkan peranan penting dalam mengawal pasaran dan kewangan industri Jerman.

11.KEMUNCULAN BANK.
      Kemunculan institusi perbankan memainkan peranan dalan perkembangan sektor perindustrian.Kerajaan menubuhkan bank dan menyediakan pinjaman jangka panjang bagi merangsang pertumbuhan sektor perindustrian di Jerman.Menjelang pertengahan kedua abad ke-19, Joint Stock Bank, ditubuhkan di Jerman.Bank membantu perkembangan industri dengan memberikan bantuan modal kepada pengusaha-pengusaha industri. Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh gabungan empat buah bank utama yang terdiri daripada:
(a) Disconto Gesellschaft of Stuttgart (1851);
(b) Deutsche Bank (l 870);
(c) Darmstadter Bank (1870);
(d) Dresdener Bank (1872).

Antara peranan bank ini adalah seperti berikut:
(a) menggalakkan penggabungan perniagaan;
(b)memberikan bantuan modal kepada pengusaha industri;
(c) menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan;

(d)membangunkan sistem pengangkutan darat dan laut.

No comments:

Post a Comment