Rio de Janeiro (Brazil): James
Rodriguez meledakkan dua gol untuk untuk membawa Los Cafeteros ke suku akhir
selepas mengetepikan cabaran Uruguay 2-0, pada saingan pusingan kalah-mati 16
pasukan, di Estadio do Maracana, awal pagi ini.
Kemenangan itu bermakna
Colombia catat sejarah melangkah ke perlawanan suku akhir buat kali pertama dan
akan bertemu Brazil, pada Sabtu, 5 Julai.
Rodriguez yang menduduki takhta
penjaring terbanyak ketika ini dengan lima gol menutup kempen pusingan
kalah-mati 16 pasukan dengan gol keduanya pada minit ke-50.
Dia memperoleh gol pembukaan
selepas mendada hantaran rakan sepasukannya sebelum melakukan rembatan cantik
pada minit ke-28.
Colombia dilihat menguasai 20
minit babak pertama perlawanan menerusi beberapa gerakan mengancam kubu Uruguay
tetapi tiada satu pun yang dapat singgah ke gawang lawan.Bagi pertemuan
penentuan ini, Diego Forlan disenaraikan dalam kesebelasan utama Uruguay
menggantikan Luis Suarez.
Forlan yang mendapat anugerah
pemain terbaik pada 2010 dikatakan sukar untuk berada dalam skuad utama ketika
Suarez masih cedera.
Tapi, apabila Suarez digantung
perlawanan kerana insiden menggigit pemain Itali, penyerang itu kembali dalam
pasukan utama dan bergandingan dengan Edinson Cavani di bahagian serangan.
Colombia sekali lagi menaruhkan
penuh kepercayaan kepada James Rodriguez di tengah manakala Teofilo Gutierrez
dan Jackson Martinez di depan.
COLOMBIA: David Ospina,
Cristian Zapata, Mario Yepes, Pablo Armero, Juan Zuniga; Carlos Sanchez Abel
Aguilar, Juan Cuadrado, James Rodriguez; Teofilo Gutierrez, Jackson Martinez.
URUGUAY: Fernando Muslera;
Diego Godin, Alvaro Pereira, Cristian Rodriguez, Martin Caceres, Jose Gimenez,
Maxi Pereira, Egidio Arevalo, Alvaro Gonzalez; Edinson Cavani, Diego Forlan.
PENGADIL: Bjorn Kuipers (NED)-Artikel
ini disiarkan MY METRO pada : 2014/06/29
No comments:
Post a Comment