Ad

Monday 30 June 2014

Dollah optimis PDRM juara Piala Malaysia 2014

29 Jun 2014
Dollah Salleh Dollah Salleh
KETUA jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dollah Salleh optimis skuad 'The Cops' mampu muncul juara buat kali pertama pada saingan Piala Malaysia 2014, bermula Ogos ini.

Jurulatih berusia 50 tahun itu berkata ia sasaran realistik berdasarkan persembahan cemerlang pemainnya musim ini yang menyaksikan mereka muncul juara Liga Perdana buat kali kedua selepas 2007.

"Kehadiran kita dalam Piala Malaysia musim ini bukan sekadar tangkap muat sahaja...sudah tentu kita harap dapat muncul juara," katanya kepada Bernama hari ini.

Dollah, yang pernah membawa pasukan Majlis Perbandaran Petaling Jaya FC (MPPJ) muncul kelab pertama menjulang Piala Malaysia pada 2003, menyifatkan tiada apa yang mustahil untuk dilakar pemain namun meminta mereka kekal fokus dalam setiap perlawanan yang bakal dihadapi.

Pengendali kelahiran Melaka itu berkata pemain 'The Cops' kini bebas daripada sebarang kecederaan dan akan melaporkan diri untuk persediaan menghadapi saingan Piala Malaysia pada 14 Julai ini.

Dalam pada itu, Dollah berkata beliau masih belum menerima sebarang maklumat daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai pelantikannya sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya yang baharu.

Beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi beberapa laporan akhbar hari ini, katanya mengenai keputusan pelantikan itu yang dibuat pada mesyuarat pertama exco FAM sesi 2014-2018 yang dipengerusikan Presidennya, Tengku AbdullahSultan Ahmad Shah, semalam. - Bernama

SUMBER- sinar  HARIAN ONLINE 29.6.201

No comments:

Post a Comment