Ad

Wednesday, 18 June 2014

Ochoa bikin Brazil pening

Fortaleza (Brazil): Aksi cemerlang penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa yang 'kebal' di hadapan gawang menghadiahkan satu mata berharga buat pasukannya dalam saingan kumpulan A menentang Brazil yang berkesudahan seri tanpa jaringan di Estadio Castelao, pagi ini.

Penjaga gol kelab AC Ajaccio itu melakukan tiga tampanan hebat apabila menyelamatkan tandukan dan rembatan kencang Neymar pada masa pertama dan kedua serta tandukan padu Thiago Silva lewat masa kedua untuk melayakkan dirinya dinobatkan pemain terbaik perlawanan.
Foto
AKSI Ochoa ketika saingan Kumpulan A di Stadium Castelao, Fortaleza. FOTO Reuters
Mexico juga mendominasi perlawanan, terutama pada masa kedua apabila membuat beberapa percubaan jarak jauh namun gagal menepati sasaran.

Brazil seakan hilang sengat apabila pemain utamanya, Neymar gagal menyerlah kerana dikawal rapi oleh benteng pertahanan Mexico yang dikemudi ketua pasukan Rafael Marquez.

Keputusan ini turut meleburkan rekod kemenangan 10 kali berturut-turut Brazil dalam Piala Dunia dan kedua-dua pasukan kini mempunyai empat mata dalam Kumpulan A.

BRAZIL: Julio Cesar, Dani Alves, Thiago Silva, David Luiz, Marcelo, Luiz Gustavo, Paulinho, Oscar, Ramires, Neymar, Fred.

MEXICO: Guillermo Ochoa, Francisco Rodriguez, Rafael Marquez, Hector Moreno, Miguel Layun, Paul Aguilar, Jose Vazquez, Andres Guardado, Hector Herrera, Giovani Dos Santos, Oribe Peralta.
PENGADIL: Cuneyt Cakir (Turki)

Artikel ini disiarkan MY METRO pada : 2014/06/18

No comments:

Post a Comment