Ad

Saturday, 21 June 2014

Klose selamatkan maruah Jerman

FORTALEZA, Brazil 22 Jun - Penyerang veteran, Miroslav Klose menyelamatkan Jerman daripada menjadi mangsa kejutan terbaru Piala Dunia apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-71 untuk mengikat Ghana 2-2 dalam aksi Kumpulan G, sebentar tadi.

Mario Goetze terlebih dulu meletakkan juara 1954, 1974 dan 1990 itu di depan pada minit ke-51, namun semangat juang tinggi Ghana yang mengatur serangan tanpa henti akhirnya mendatangkan hasil.

Andre Ayew menanduk gol penyamaan tiga minit kemudian, sebelum Ghana berada di depan pada minit ke-63 menerusi Asamoah Gyan yang menerima hantaran Sulley Muntari.

Masuk sebagai gantian, Klose menyelamatkan maruah Jerman apabila meledak gol penyamaan, sekali gus jaringannya yang ke-15 dalam Piala Dunia, menyamai rekod bekas bintang penyerang Brazil, Ronaldo.

Jerman bagaimanapun masih menerajui Kumpulan G dengan empat mata, berterima kasih kepada kemenangan 4-0 yang dilakar ke atas Portugal dalam aksi pembukaan. - AGENSI
RUJUKAN-

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140622/sl_09/Klose-selamatkan-maruah-Jerman#ixzz35JYXYxQm © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment