SAO PAULO, Brazil 20 Jun - Luis Suarez mengecewakan sebahagian besar rakan-rakannya dalam skuad Liverpool yang membentuk pasukan England apabila meledak dua gol untuk membantu Uruguay menundukkan Three Lions 2-1 dalam perlawanan Piala Dunia, Kumpulan D, sebentar tadi.
Jaringan bintang penyerang
sensasi Liverpool itu hadir menerusi tandukan pada minit ke-39, namun England
menyamakan kedudukan menerusi Wayne Rooney di minit ke-75.
Ketika permainan tinggal lima
minit untuk ditamatkan, skil individu yang dipamerkan Suarez, Pemain Terbaik
dan penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris membantu Uruguay memperoleh gol
kemenangan, sekali gus mencerahkan peluang untuk melangkah ke pusingan kedua.
Peluang tipis England untuk
mencari tiket ke peringkat kalah mati kini bergantung kepada keputusan
perlawanan terakhir menentang Costa Rica pada Khamis ini. - AGENSI
RUJUKAN
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan_Luar_Negara/20140620/sl_13/Dua-gol-Suarez-jadi-pemusnah-England#ixzz357hPwIIE
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment