Brasilia: Colombia menewaskan
Ivory Coast 2-1 dalam perlawanan penuh aksi Piala Dunia Kumpulan C di Estadio
Nacional awal pagi ini.
Keputusan itu bermakna Colombia
hampir pasti melangkah ke pusingan seterusnya dengan enam mata daripada dua
perlawanan.Selepas separuh masa pertama yang seimbang tanpa sebarang gol atau
percubaan berbahaya, aksi pada masa kedua berubah bermula dengan jaringan
pemain tengah Colombia James Rodriguez yang menanduk masuk hasil sepakan sudut
Juan Cuadrado pada minit ke 64.Juan Quintero kemudia menjaringkan gol kedua
Colombia pada minit ke 70 sebelum larian solo Gervinho menggelecek tiga pemain
dari luar kotak penalti merapatkan kedudukan buat Ivory Coast.
Colombia bertahan hingga ke
wisel penamat dan kini menduduki takhta kumpulan C dengan enam mata manakala
Ivory Coast di tempat kedua dengan tiga mata.
COLOMBIA: David Ospina; Juan
Zuniga, Cristian Zapata, Mario Yepes, Pablo Armero (Santiago Arias, 72'); Abel
Aguilar (Alexander Mejia, 79'), Carlos Sanchez, Juan Cuadrado, James Rodriguez;
Victor Ibarbo (Juan Quintero, 53'), Teofilo Gutierrez.
IVORY COAST: Boubacar Barry;
Serge Aurier, Didier Zokora, Souleymane Bamba, Arthur Boka; Serey Die (Mathis
Bolly, 73'), Cheick Tiote, Yaya Toure, Max Gradel (Salomon Kalou, 67');
Gervinho, Wilfried Bony (Didier Drogba, 60').
PENGADIL: Howard Webb (ENG)
Artikel ini disiarkan MY METRO pada
: 2014/06/20
No comments:
Post a Comment