Ad

Sunday, 29 June 2014

T-Team tebus kehampaan

2014/06/29 - 03:44:34 AM Oleh Syed Riduan Ahmad Cetak Emel Kawan

Shah Alam: Pasukan T-Team menebus kekecewaan tersingkir ke Liga Perdana Musim depan apabila layak ke saingan Piala Malaysia musim ini, selepas menewaskan Negeri Sembilan 1-0 pada perlawanan play-off di Stadium Shah Alam, di sini, malam tadi.

Skuad kendalian Azraai Khor Abdullah bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga ke minit ke-42 untuk memecah kebuntuan selepas tendangan deras oleh Jimmy Mulisa gagal ditangkap kemas penjaga gol Negeri Sembilan, Yatim Abdullah, sebelum ditolak masuk Ramzul Zahini Adnan untuk gol pertama T-Team.

Nyaris berlarutan

Selang dua minit, Negeri Sembilan berpeluang menyamakan apabila dihadiahkan sepakan percuma berhampiran kotak penalti lawannya itu, namun sepakan diambil Ivan Babic ditolak keluar oleh penjaga gol, Wan Azrai Wan Teh.

Bersambung babak kedua, skuad Hoben Jang Hoben lebih banyak menguasai permainan tetapi jentera serangan diterajui Babic gagal melakukan percubaan yang benar-benar menguji Wan Azrai.

Sebaliknya, skuad The Titans hampir menambah jaringan menerusi Mulisa yang hanya berdepan penjaga gol pada minit ke-72, tetapi sepakan leretnya berjaya diselamatkan Yatim.

Tujuh minit sebelum saingan tamat, anak buah V Sundramoorthy hampir berjaya mengheret perlawanan ke masa tambahan apabila Babic membuat umpanan cantik kepada Kim Jin Ryong di depan pintu gawang, namun Wan Azrai lebih pantas meluru untuk menyelamatkan keadaan.

SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE 29.6.14

No comments:

Post a Comment