Ad

Friday 27 June 2014

PENUBUHAN KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Pengwujudan birokrasi yang berstruktur dan jelas memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan sistem pentadbiran yang baik. Di Malaysia sejak daripada awal lagi, struktur pentadbiran yang kemas kini telah diadakan. Pada hari ini 27 Jun 1978, kerajaan telah mengumumkan penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan. Kementerian ini akan diketuai oleh Menteri Wilayah Persekutuan yang akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hal-hal pentadbiran Wilayah Persekutuan. Objektif utama penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan ialah untuk menyelaras pembangunan kawasan   Wilayah Persekutuan dari segi perancangan dan pelaksanaan projek  yang dijalankan di Wilayah Persekutuan. Ke arah melaksanakan pentadbiran yang baik, bagi kementerian ini beberapa organisasi akan diletakan di bawah kementerian  iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Tanah dan Galian, Jabatan Agama Islam dan Jabatan Parit dan Taliair. Antara objektif utama penubuhan kementerian ini ialah:

Melaksana dan menentukan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru dengan tegas dan berkesan di Wilayah Persekutuan.
Meluluskan dasar, menentukan pedoman dan matlamat serta menetapkan keutamaan-keutamaan di dalam pembangunan dan pentadbiran Wilayah Persekutuan.
Menentukan Wilayah Persekutuan ini dibangunkan, ditadbir serta diperindahkan selaras dengan tarafnya sebagai ibu negara Malaysia.
Dengan penubuhan kementerian ini di harap Kuala Lumpur akan dapat dibangunkan secara seimbang bukan sahaja di sudut ekonomi tetapi juga berkaitan dengan alam sekitar dan kerohanian, dan dengan kemasukan Labuan ke dalam Persekutuan sekaligus akan dapat mempercepatkan proses integrasi nasional.

SUMBER- http://hids.arkib.gov.my/

No comments:

Post a Comment