Ad

Thursday, 19 June 2014

England, Uruguay berdepan misi hidup mati

 
KEDUDUKAN Rooney (kanan) untuk bermain dalam kesebelasan utama pasukan England terletak di tangan jurulatihnya, Roy Hodgson menjelang pertemuan dengan pasukan Uruguay esok.

SAO PAULO - Pasukan England dan Uruguay kini berdepan misi hidup mati apabila pertembungan mereka esok di Arena Corinthians bakal menentukan sama ada mereka layak untuk mara ke pusingan seterusnya atau sebaliknya.

Mereka yang masing-masing tewas kepada Itali dan Costa Rica berhadapan dengan penyingkiran sekiranya gagal menewaskan lawan dalam baki dua perlawanan Kumpulan D.

Bagaimanapun, timbul pula isu yang dibangkitkan oleh media England bahawa Wayne Rooney, 28, tidak seharusnya bermain untuk pasukan utama negara itu dan harus digugurkan daripada pasukan.

Bukan itu sahaja, mereka turut mendesak agar dia ditukarkan ke posisi tengah sekiranya jurulatih, Roy Hidgson enggan menggugurkan Rooney daripada skuad berkenaan.

Desakan media berkenaan mendapat perhatian Rooney yang menyuarakan pandangannya melalui akaun Facebook miliknya dengan menyatakan yang dia tidak memahami tindakan media tersebut.

Pemain tengah England, Frank Lampard pula berkata, perkembangan tersebut tidak sepatutnya berlaku dan menampakkan wujudnya sesuatu agenda di sebalik desakan media berkenaan.

"Mereka seharusnya menghentikan desakan tersebut dan memberi perhatian kepada pasukan ini walau siapa pun yang dipilih untuk bermain," ujarnya.

Rooney dilihat menjalani latihan bersama pasukan simpanan semalam sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa dia telah digugurkan daripada skuad utama.

Persekutuan bola sepak England bagaimanapun menafikan khabar angin itu dan menyatakan ia merupakan sesi latihan khas buat pemain Manchester United berkenaan.

Bagi pasukan Uruguay pula, mereka menerima khabar gembira apabila penyerang pasukan berkenaan, Luis Suarez dijangka terpilih dalam skuad utama setelah pulih daripada kecederaan lutut. - AFP.
RUJUKAN-

No comments:

Post a Comment