Ad

Thursday, 19 June 2014

Oranje jinakkan Socceroos

Porto Alegre (Brazil): Belanda meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Piala Dunia apabila menumpaskan Australia 3-2 dalam saingan kumpulan B di Estadio Beira-Rio, awal pagi ini.

Belanda mendahului apabila Arjen Robben melakukan larian solo dari tengah padang sebelum merembat masuk melepasi penjaga gol Socceroos Maty Ryan pada minit ke 19.Seminit kemudian, Tim Cahil menjaringkan salah satu gol terbaik kejohanan apabila melakukan rembatan 'first timer' hasil hantaran Matthew Leckie.Australia kemudian mengejutkan Belanda apabila mendahului pada minit ke 54 hasil sepakan penalti Mile Jedinak selepas bola terkena tangan pertahanan Daryl Janmaat.
Foto
Bagaimanapun Belanda menyamakan kedudukan menerusi penyudah Robin Van Persie pada minit ke 58 sebelum pemain muda Memphis Depay melakukan rembatan jarak jauh yang menerjah gawang Australia pada minit ke 68.
AUSTRALIA: Mat Ryan, Ryan McGowan, Jason Davidson, Matthew Spiranovic, Alex Wilkinson, Matt McKay, Mile Jedinak (captain), Mark Bresciano, Matthew Leckie, Tommy Oar, Tim Cahill.

BELANDA: Jasper Cillessen, Daryl Janmaat, Daley Blind, Bruno Martins Indi, Ron Vlaar, Stefan de Vrij, Nigel de Jong, Jonathan de Guzman, Wesley Sneijder, Arjen Robben, Robin van Persie.

PENGADIL: Djamel Haimoudi (ALG)


Artikel ini disiarkan MY METRO pada : 2014/06/19

No comments:

Post a Comment