Ad

Friday, 27 June 2014

Zaman kegemilangan Johor kembali

AMZAR AMIR RAMADAN
27 Jun 2014
 Pemain pasukan JDT menjulang piala yang berjaya dibawa pulang selepas kemarau 24 tahun.
Pemain pasukan JDT menjulang piala yang berjaya dibawa pulang selepas kemarau 24 tahun. Pemain pasukan JDT menjulang piala yang berjaya dibawa pulang selepas kemarau 24 tahun.
JOHOR berada dalam kelas tersendiri setelah bangkit selepas 24 tahun tanpa sebarang piala, hasil usaha Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tahun pertama Tunku Ismail menerajui PBNJ, Johor menerusi pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menutup tirai Liga Super 2013 di tangga ketiga di belakang Selangor dan Lions XII.

Malah pada tahun sama, JDT melayakkan diri ke Final Piala FA selain berada di kelompok empat pasukan terakhir dalam saingan Piala Malaysia.

Tahun ini, Tunku Ismail melakukan pelbagai transformasi yang bukan sahaja mengejutkan peminat tanah air, malah pemerhati bola sepak luar negara mula memandang JDT sebagai sebuah pasukan unik dan wajar diberi perhatian.

Pengambilan jurulatih miliki sentuhan juara, Bojan Hodak menggantikan pengendali dari Sepanyol, Cesar Jiminez dan bersandarkan tiga bintang import, Luciano Figueroa, Jorge Pereyra Diaz (gantikan Pablo Aimar dan Marcos Antonio (ganti Baihakki Khaizan) menunjukkan komitmen Tunku Ismail dan PBNJ dalam merencana kejayaan untuk dihadiahkan buat rakyat Johor.

Semuanya bermula pada 4 September 2012, ketika Tunku Ismail menyaksikan perlawanan antara Johor FC dengan Johor, bilangan peminat bola sepak yang hadir di stadium mengecewakan.

Dalam usia 27 tahun ketika itu, misi dan visinya mengenai pembangunan bola sepak Johor cukup jelas, malah bertekad membawa kembali zaman kegemilangan bola sepak negeri di selatan tanah air ini.

Tunku Ismail melakukan pelbagai transformasi yang mencuri perhatian demi menaikkan kegemilangan bola sepak Johor.

Rintangan dan cabaran dihadapi Tunku Ismail dan PBNJ dilalui dengan tenang kerana baginya, tiada kejayaan diperoleh sekelip mata.

Hasilnya, tanggal 25 Jun 2014, JDT muncul Juara Liga Super sekali gus bakal menjadi wakil Malaysia di AFC,

“Waktu yang dinantikan telah tiba, kini masanya zaman kegemilangan kita kembali seperti dijanjikan,” demikian kata Tunku Ismail ketika meraikan kejayaan JDT di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, malam tadi.

Dalam pada itu, Tunku Ismail juga berterima kasih kepada pasukan JDT dan penyokong Harimau Selatan yang sentiasa menyokong beliau.

JDT yang menjuarai Liga Super 2014 menjulang trofi keramat di Stadium Larkin selepas selesai dalam upacara perarakan sekitar bandar Johor.

Semestinya, tahun kedua transformasi, 2014 menjanjikan peningkatan buat JDT dalam mewarnai bola sepak tanah air.

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 28.6.14

No comments:

Post a Comment