Ad

Thursday, 26 June 2014

Johor DT luaskan kuasa!

Oleh Alias Abd Rani

Petra Jaya: Penyerang Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Jorge Pereyra Diaz muncul wira apabila menyumbat gol tunggal untuk memastikan skuadnya menjuarai Liga Super dengan menundukkan Sarawak, 1-0 di Stadium Negeri, malam tadi.

Skuad bimbingan Bojan Hodak itu bagaimanapun terpaksa menunggu lebih sejam sebelum Diaz meledak gol bersejarah buat skuad Harimau Selatan itu.Jaringan Diaz juga bukan saja menamatkan kegelisahan pelawat malah memastikan Selangor berputih mata selepas seri 2-2 dengan pasukan PKNS FC di Shah Alam.Jurulatih Johor DT Bojan Hodak berpuas hati dengan permainan anak buahnya walaupun menerima tekanan sengit Sarawak yang mahu mengakhiri aksi musim ini dengan nada positif.

“Saya memberitahu pemain ini satu-satunya peluang untuk memenangi piala dan mereka berjaya melaksanakan tugas dengan sempurna,” katanya sambil menghadiahkan kejayaan itu kepada peminat Johor DT.Kemenangan Johor DT bermula apabila kealpaan pertahanan Sarawak, diketuai Ronny Harun akhirnya dihukum Diaz yang bijak mencelah lalu menewaskan penjaga gol Sani Anuar Kamsani pada minit ke-66.
 Foto
DIAZ (empat dari kiri) jaring gol kemenangan Johor DT.

Tersentak dengan jaringan itu, corak permainan Bujang Senang mula hambar sekali gus memberi ruang kepada anak buah Hodak untuk melakukan serangan.Anak buah Robert Alberts cuba mengatur serangan, tapi malangnya beberapa hantaran dilakukan langsung tidak menjadi.

Bagaimanapun, gawang Johor DT cemas pada babak terakhir apabila Sarawak cuba menyamakan kedudukan, tapi malangnya Junior Eldstar dikesan berada pada kedudukan ofsaid.
Ketumpulan jentera serangan Bujang Senang amat ketara selepas ketiadaan ayam tambatan Muamer Salibasic yang diketepikan akibat kecederaan ligamen.Johor DT yang dilihat menguasai perlawanan selepas melalui beberapa pertukaran akhirnya mempertahankan kedudukan itu sehingga tamat perlawanan.

 Kejayaan itu yang kedua buat Hodak selepas membimbing Kelantan muncul juara pada 2012.Berikutan keputusan itu, Johor DT menamatkan saingan liga dengan mengumpul 44 mata, satu mata di depan Selangor di tangga kedua. Kejayaan itu membolehkan Johor DT menerima RM750,000 sebagai ganjaran muncul juara manakala Selangor, RM450,000.Sementara itu, T-Team menyertai PKNS FC beraksi dalam Liga Perdana musim depan apabila tewas 1-0 kepada LionsXII.

Artikel ini disiarkan MY METRO pada : 2014/06/26

No comments:

Post a Comment