Ad

Friday 27 June 2014

Umat Islam mula puasa esok

Kuala Lumpur: Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkan demikian berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada Ahad, 29 Jun bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

 Pengumuman itu disiar secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia. Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan Ramadan berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). - BERNAMA


Artikel ini disiarkan pada MY METRO: 2014/06/28

No comments:

Post a Comment