Fortaleza (Brazil): Dua
jaringan lewat permainan Wesley Sneijder dan Klaas-Jan Huntelaar membolehkan
Belanda menempah tiket ke saingan suku akhir selepas bangkit daripada
ketinggalan untuk menumpaskan Mexico 2-1 dalam aksi dramatik pusingan kedua
Piala Dunia di Estadio Castelao, awal pagi ini.
Kapten Belanda, Robin van
Persie kembali mengemudi jentera serangan selepas digantung satu perlawanan
kerana memungut dua kad kuning dalam saingan peringkat kumpulan.
Jurulatih Mexico Miguel Herrera
pula terpaksa menurunkan pertahanan veteran Carlos Salcido untuk menggantikan
Jose Juan Vasquez yang digantung perlawanan.
Aksi babak pertama lebih banyak
dikuasai Mexico manakala rentak permainan Belanda seoalah terganggu dengan
cuaca panas di Fortaleza.Mexico memecah kebuntuan tiga
minit selepas bermula babak kedua apabila Giovani Dos Santos merembat kencang
dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Belanda Jasper Cillessen.Penjaga gol El Tri, Guillermo
Ochoa yang menjadi wira ketika seri menentang Brazil dalam peringkat kumpulan
sekali lagi menunjukkan kehebatan apabila menyelamatkan percubaan jarak dekat
Stefan de Vrij pada minit ke-57.
Belanda menggandakan asakan ke
kubu Mexico untuk mencari gol penyamaan dan berhasil pada minit ke-88 apabila
Huntelaar menanduk bola kepada Sneijder yang merembat padu ke sebelah kiri
gawang.
Lima minit selepas itu, kapten
Mexico Rafael Marquez melakukan kesilapan apabila menjatuhkan Arjen Robben
dalam kotak penalti dan sepakan penalti disempurnakan oleh Huntelaar untuk
menjadikan kedudukan 2-1 sehingga wisel penamat.
Belanda akan bertemu pemenang
perlawanan pusingan kedua antara Costa Rica dan Greece.
BELANDA: Jasper Cillessen; Paul
Verhaegh (Memphis Depay, 56'), Ron Vlaar, Stefan De Vrij, Daley Blind;
Georginio Wijnaldum, Wesley Sneijder, Nigel De Jong (Bruno Martins Indi, 9');
Dirk Kuyt, Arjen Robben, Robin Van Persie (Klaas-Jan Huntelaar, 76').
MEXICO: Guillermo Ochoa; Paul
Aguilar, Francisco Rodriguez, Rafael Marquez, Hector Moreno (Diego Reyes, 46'),
Miguel Layun, Carlos Salcido, Andres Guardado; Hector Herrera; Giovani Dos
Santos (Javier Aquino, 61'), Oribe Peralta (Javier Hernandez, 75').
PENGADIL: Pedro Proenca (POR)
Artikel ini disiarkan pada :
2014/06/30
No comments:
Post a Comment