Ad

Saturday 21 June 2014

SEJARAH SMK JENGKA 2 1973-2014


OLEH- AHMAD BIN YAAKOB

SMK JENGKA 2  DI BAWAH PENTADBIRAN TUAN HAJI IBRAHIM MOHAMMAD 1973-1979.

      Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 dibuka pada 1 Januari 1973 di kawasan seluas 15 hektar merupakan sekolah menengah pertama di Wilayah Pembangunan Jengka. Sekolah ini memulakan operasinya sehari selepas Pengetua pertama iaitu Tuan Haji Ibrahim Haji Mohamad melaporkan diri pada 1 Januari 1973.[1] Menurut Haji Ibrahim ketika itu bangunan SMK Jengka 2 belum siap dibina . Beliau diarahkan untuk membuka kelas sementara di Sekolah Kebangsaan Jengka 2. Dengan jasa baik Guru Besar Encik Ahmad Osman, dua buah kelas disediakan untuk SMK Jengka 2.[2] Memandangkan keadaan sekolah yang serba kekurangan dan tiada padang permainan, maka kegiatan sukan dan permainan belum diadakan ketika itu. Pada 9 Mac 1973 barulah warga sulung SMK Jengka 2 berpindah ke bangunan sendiri. Tetapi kemudahan sukan seperti padang permainan belum ada dan terpaksa menumpang di Padang SK Jengka 2.




[1] Majalah Jaya Edisi 24 2002, hlm.5.
[2] Wawancara, Majalah Jaya 1987, hlm.30.

No comments:

Post a Comment