Ad

Wednesday 25 June 2014

Pohon Sarawak bantu

 Oleh Azlan Muhammad Zain
Kuala Lumpur: Pengendali Selangor Mehmet Durakovic menaruh harapan tinggi kemampuan Sarawak untuk mengekang Johor Darul Ta’zim (Johor DT) daripada meraih tiga mata penuh di Stadium Negeri dalam aksi terakhir Liga Super, malam ini.Sarawak kendalian Robert Alberts mempunyai rekod cemerlang di laman sendiri musim ini apabila hanya tewas tiga kali iaitu kepada Kelantan, Selangor dan Terengganu di Kuching dalam kancah Liga Super serta mengikat Johor DT 1-1 dalam perlawanan pusingan pertama.


Durakovic menjelaskan bukan mudah buat mana-mana pasukan beraksi di Sarawak dan membawa pulang tiga mata.“Mereka bagus apabila bermain di laman sendiri, kami pernah menentang mereka di sana. Mereka sangat hebat terutamanya dengan kehadiran penyokong fanatik yang sentiasa memenuhi stadium, satu atmosfera yang hebat untuk perlawanan bola sepak.

“Bukan mudah untuk Johor DT ke sana dan mendapat mata, semoga Sarawak dapat membantu kami. Bagaimanapun kami tetap fokus kepada perlawanan menentang PKNS FC untuk meraih tiga mata penuh,” katanya.Andai Johor DT kendalian Bojan Hodak menewaskan Bujang Senang, keputusan perlawanan Selangor menentang PKNS sudah tidak bermakna kerana Harimau Selatan akan mengumpul 44 mata untuk muncul juara Liga Super buat kali pertama.

“Ada yang melihat pertemuan Selangor dan PKNS mudah, namun bagi saya ia sangat sukar. Keputusan pusingan pertama mencerminkan segala-galanya apabila kami terikat 2-2. Saya mahu pemain memberikan fokus 90 minit jika tidak mahu dihukum lawan.” Bekas bintang Selangor itu mengharapkan penyokong Merah Kuning memenuhi Stadium Shah Alam kerana pemain memerlukan sokongan mereka untuk aksi terakhir Liga Super ini.“Andai situasi memihak kepada Selangor, pemain dapat meraikan kejayaan bersama penyokong,” katanya.


RUJUKAN-Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/25

No comments:

Post a Comment