Ad

Friday 27 June 2014

Terima kasih TMJ!


Bojan Hodak


WARTAWAN SINAR HARIAN
27 Jun 2014
 Bojan Hodak Bojan Hodak
DIBERI kepercayaan untuk mengendalikan pasukan Johor Darul Takzim, Bojan Hodak berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail kerana banyak berkorban demi pasukan itu.

Tambahnya lagi, jika tiada keprihatinan Tunku Ismail, tidak mungkin JDT boleh menjulang trofi Liga Super 2014 buat kali pertama selepas 24 tahun.

“Tunku Ismail telah banyak berkorban dalam bentuk masa, tenaga dan kewangan demi menepati janji beliau iaitu untuk membawa kembali zaman kegemilangan bola sepak Johor 1991.

“Tidak lupa kepada para pemain yang banyak menunjukkan daya usaha ingin membawa pulang trofi ke Larkin dan inilah habuan kepada mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Hodak berkata, beliau ingin memberi masa kepada pemain berehat sebelum kembali menjalani latihan untuk menghadapi saingan Piala Malaysia tidak lama lagi.

Ujarnya lagi, kejayaan ini akan dijadikan pembakar semangat untuk Harimau Selatan berjuang dalam kancah bola sepak Malaysia.


Tidak meletakkan harapan tinggi dalam saingan Piala Malaysia nanti, Hodak hanya mahu anak buahnya sentiasa memberikan terbaik untuk mereka pergi lebih jauh sebelum beraksi di pentas AFC.

No comments:

Post a Comment