Ad

Saturday, 21 June 2014

Les Bleus kenduri gol

Salvador (Brazil): Perancis hampir mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati dengan kemenangan bergaya 5-2 ke atas Switzerland dalam saingan Piala Dunia Kumpulan E di Arena Fonte Nova awal pagi ini.

Pesta gol bermula apabila Perancis menjaringkan dua gol dalam masa 66 saat menerusi tandukan Olivier Giroud pada minit ke 17 dan jaringan Blaise Matuidi seminit selepas itu.Pemain tengah, Mathieu Valbuena kemudian menambah gol ketiga lewat masa pertama selepas penjaga gol Switzerland, Diego Benaglio menyelamatkan sepakan penalti Karim Benzema.Bagaimanapun Benzema berjaya mendapatkan gol keempat Perancis apabila menyudahkan hantaran Paul Pogba pada minit ke 67 sebelum pemain gantian, Moussa Sissoko menambah gol kelima pada minit ke 73.
 Foto
Blerim Dzemaili dan Granit Xhaka pula menjaringkan gol saguhati untuk Switzerland masing-masing pada minit ke 81 dan 87.Perancis yang kini mempunyai enam mata serta beza jaringan tambah enam hampir pasti ke pusingan kedua setelah terkeluar dari saingan peringkat kumpulan pada edisi piala dunia yang lalu.

SWITZERLAND: Diego Benaglio; Stephan Lichtsteiner, Johan Djourou, Steve Von Bergen (Philippe Senderos, 9'), Ricardo Rodriguez; Valon Behrami (Blerim Dzemaili, 46'), Gokhan Inler, Xherdan Shaqiri, Granit Xhaka; Admir Mehmedi, Haris Seferovic (Josip Drmic, 69').

PERANCIS: Hugo Lloris; Mathieu Debuchy, Raphael Varane, Mamadou Sakho (Laurent Koscielny, 66'), Patrice Evra; Yohan Cabaye, Mathieu Valbuena (Antoine Griezmann, 82'), Moussa Sissoko, Blaise Matuidi; Karim Benzema, Olivier Giroud (Paul Pogba, 63').

PENGADIL: Bjorn Kuipers (Belanda)

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/21
Artikel ini disiarkan MY METRO pada : 2014/06/22


No comments:

Post a Comment